Nasional

Pelik 80,000 kanak-kanak di Melaka belum daftar terima suntikan vaksin Covid-19

JASIN 10 Februari – Seperti ada tidak yang tidak kena!

Agak mengejutkan kira-kira 80,000 kanak-kanak di Melaka masih belum mendaftar untuk pemberian vaksik Covid-19.

Ini membuktikan ibu bapa langsung tidak ambil peduli saranan kerajaan untuk golongan itu menerima suntikan vaksin.

Ada pula ibu bapa yang mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ kerana ada yang bimbang mengenai kesan sampingan daripada suntikan tersebut.

Mendedahkan perkara tersebut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Akmal Saleh berkata, sejak awal Januari ini hanya 15,000 kanak-kanak telah mendaftar dengan MySejahtera menerima suntikan tersebut.

Menurutnya, jumlah tersebut dilihat terlalu sedikit berbanding sebanyak 98,600 kanak-kanak di negeri ini yang layak menerima suntikan tersebut di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

“Setakat ini hanya 15,000 kanak-kanak yang sudah mendaftar di bawah PICKids. Jumlah ini sebenarnya sangat kecil jika hendak dibandingkan kanak-kanak ada di Melaka.

“Saya yakin sebahagian besar ibu bapa tidak menolak untuk menerima vaksin untuk anak mereka.

“Mungkin juga mereka ini mengambil sikap tunggu dan lihat mungkin takut kerana kesan sampingannya,” ujarnya dalam sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau hari ini.

Akmal berkata, sejak pelaksanaan program, seramai 1,360 kanak-kanak telah selesai divaksin di tujuh PPV di seluruh Melaka.

Menurutnya, jumlah tersebut merupakan satu permulaan yang baik kerana ibu bapa harus faham pengambilan vaksin ini bukan sahaja mengenai mengurangkan risiko jangkitan, tetapi fokus mengurangkan tahap keseriusan apabila dijangkiti Covid-19.

“Sebanyak 13.9 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan di negeri ini adalah dalam kalangan kanak-kanak.

“Peningkatan kes ini disebabkan kluster pendidikan sejak pembukaan semula sesi persekolahan,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button