Luar Negara

Diusir dari Vatican City kerana berpakaian seksi

SEORANG influencer yang dikenali sebagai Juju Vieira dianggap ‘terlalu seksi’ dan diusir dari tempat pelancongan di Vatican.

Bintang sosial media itu dilaporkan memakai gaun ketat yang digandingkan dengan but setinggi paha semasa lawatannya ke kota suci Vatican pada minggu terakhir Januari lalu.

Dia juga diminta keluar oleh pihak keselamatan Vatican City selepas melanggar kod berpakaian.

Menurut laporan Meaww, Juju Vieira merupakan personaliti media sosial Brazil yang berusia 34 tahun dan aktif di Instagram.

Vieira mempunyai hampir 27,000 pengikut dan dengan lebih 200 hantaran di aplikasi itu.

Dia membuat peminat dan pengikutnya terhibur dengan berkongsi butiran kehidupan peribadinya dan vlog perjalanan yang menarik.

Instagramnya juga dipenuhi dengan gambar dari pelbagai bandar, termasuk lawatan kontorversialnya ke Vatican City baru-baru ini.

Menurut New York Post, Juju Vieira berkata dia berasa malu selepas diusir dari Vatican City kerana pakaiannya yang seksi.

“Seorang lelaki bekerja di sana mendekati saya dan berkata ini adalah tempat beribadat dan saya tidak berpakaian dengan betul,” katanya kepada Jam Press.

Dia juga mengakui tidak mengetahui etika berpakaian dan hanya memilih pakaian yang selesa.

Juju Vieira mendakwa dia berpakaian sopan semasa lawatannya.

“Orang yang waras tidak akan melawat Vatican dengan pakaian kelab. Saya bergaya dengan pakaian musim sejuk saya, semuanya sesuai.

“Saya memakai pakaian yang selesa supaya saya berasa selesa berjalan-jalan dan keselesaan adalah satu-satunya kebimbangan saya,” Katanya.

Menurut laman web rasmi Basilika St. Peter, kod pakaian telah ditetapkan untuk lelaki dan wanita.

“Wanita tidak dibenarkan memakai baju atas tanpa lengan, baju berpotongan, atau baju ketat, bahu hendaklah ditutup, dan memakai skirt atau gaun yang menutup lutut.

“Adalah baik bagi wanita untuk membawa selendang dan bingkap semasa melawat ketika musim sejuk, serta jaket ringan yang boleh digulung ke dalam bag kecil yang cantik,” kata laman web itu.

Juju Vieira mengakui dia tidak mengetahui peraturan itu dan menggelar kejadian itu sebagai ‘keadaan yang tidak menyenangkan’. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button