Nasional

Pelanggaran SOP masih tinggi, lebih 800 kesalahan sehari

JUMLAH individu yang ditahan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard masih tinggi walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kini masuk minggu ketiga pelaksanaanya.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang ditahan sejak akhir-akhir ini melebih 800 orang sehari.

“Justeru, saya berharap agar kita semua patuhi SOP yang ditetapkan kerana tanggungjawab mengekang penularan COVID-19 memerlukan kerjasama segenap lapisan rakyat,” nasihat Ismail Sabri.

Semalam menyaksikan 780 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 748 individu dikompaun manakala 32 lagi direman.

Kesalahan tertinggi masih lagi melibatkan tiada penjarakan fizikal (152) diikuti tidak memakai pelitup muka (137).

Turut dikenakan tindakan adalah kerana gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (135), bawa penumpang berlebihan (54), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (70) dan lain-lain (232).

Sementara itu, seramai 544 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa Malaysia semalam. Kesemuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 225,602 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 77 hotel dan 10 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,669 individu telah dikuarantin dan 214,262 orang dibenarkan pulang manakala 2,671 lagi dibawa ke hospital,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan.-SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button