Nasional

Covid-19: hari ini catat 5,304 kes baharu

STATUS  terkini kes Covid-19 hari ini menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 5,304 kes dengan lima kes import iaitu dua warganegara dan tiga bukan warganegara. Menurut KKM, kes sembuh 8,163 kes (580,276 kes kumulatif, 88.3%).

“Kes aktif dicatat hari ini ialah sebanyak 73,324 kes dengan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 917 kes; manakala kes memerlukan bantuan pernafasan, 452 kes,” katanya.

Kes kematian, 64 kes atau 3,908 kes kumulatif dengan 0.60% mengikut pecahan, 61 warganegara dan tiga bukan warganegara, menurut kenyataan KKM lagi.

Jumlah kluster, 2,477 dan jumlah kluster baharu ialah 15 kluster.

Berikut pecahan jumlah kluster untuk makluman:

  • Jumlah kluster yang telah tamat: 1,711 kluster
  • Jumlah kluster aktif: 766 kluster.

Sebanyak 64 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh kes di Johor, enam di Kedah.

Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing lima kes sementara masing-masing empat kes dilaporkan di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua kes di Sabah dan Kelantan.

Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Terengganu masing-masing satu kes.

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin Covid-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

“Elakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat. Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

“Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO,” katanya. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button