Luar Negara

Pelanggan dan kakitangan Ikea tidur di kedai selepas ribut salji

RIBUT salji yang melanda Denmark menyebabkan pelanggan dan kakitangan kedai Ikea terpaksa bermalam di kedai itu selepas terkandas.

Salji yang turun di bandar Aalborg meliputi bandar itu dengan ketinggian 30cm menyebabkan sekurang-kurangnya 25 kakitangan dan pelanggan tidak dapat pulang ke rumah.

Jadi, mereka tidur di bilik pameran, menjamu selera di medan selera serta turut menonton televisyen di kedai Ikea itu.

Beberapa tempat di utara Denmark terjejas teruk akibat salji dengan 300 orang bermalam di lapangan terbang Aalborg.

Pihak polis menasihatkan supaya tidak memandu di wilayah itu kerana keadaan cuaca yang buruk.


Beberapa kakitangan di sebuah kedai permainan bersebelahan Ikea juga meminta untuk berteduh di dalam Ikea.

Pengurus Ikea, Peter Elmrose berkata, kumpulan itu tidur di bilik pameran, di mana terdapat katil, tilam dan sofa.

“Ini sudah tentu situasi baharu bagi kami,” katanya.

Erik Bangsgaard dan isterinya adalah antara pelanggan yang terperangkap di dalam kedai itu.

“Kami berkumpul di kantin di mana kami mendapat makanan dan minuman serta dapat menonton televisyen.

“Tiada apa yang boleh kami lakukan mengenai situasi itu kerana kami sangat gembira mendapat perlindungan,” katanya.

Kumpulan terkandas itu dijamu dengan sarapan pagi roti gulung kayu manis dan kopi sebelum meninggalkan kedai.

Elmrose turut mengatakan bahawa tilam dan cadar katil akan ditukar dengan persalinan yang bersih apabila kedai dibuka semula pada pagi semalam. – SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button