NasionalNegeri

Pelaksanaan agenda kesihatan perlu digembeleng bersama

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelaksanaan agenda kesihatan perlu digembeleng dan digarap dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan objektif yang disasarkan dapat direalisasikan.

Baginda bertitah ia seiring dengan matlamat “Perlis Hebat! Sihat Milik Semua” adalah satu pendekatan yang tepat dalam memberikan inspirasi di kalangan semua untuk bertekad mengutamakan kelestarian tahap kesihatan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyertai kayuhan dan menyempurnakan pelepasan Fun Ride & Kayuhan MAIPs Peduli sempena perasmian Karnival Sihat Milik Semua anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di UTC Kangar hari ini.

Titah Baginda, perkara pertama berkaitan wabak denggi di mana bagi mengatasinya harus melibatkan semua peringkat agensi terutama melalui platformpenjagaan persekitaran yang bersih dan sihat.

Kedua pula titah Baginda, isu kebersihan di Perlis perlu diberikan keutamaan, dirangka dan dipantau sebaik mungkin untuk memastikan persekitaran sihat terjaga.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Karnival Sihat Milik Semua anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di UTC Kangar hari ini secara simbolik sambil disaksi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen.

Tambah Baginda, dengan pendekatan State Environment Health Action Plan (SEHAP), yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan dan melibatkan pelbagai agensi merupakan salah satu program yang perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak untuk memastikan satu Jawatankuasa khas yang memantau isu-isu persekitaran di negeri ini terutama isu dalam aspek pengurusan sisa pepejal dan bekalan air bersih yang merupakan teras utama di dalam program SEHAP.

Titah Baginda, ketiga adalah, persekitaran yang bersih dan sihat perlu disekalikan dengan pembudayaan cara hidup sihat.

“Aktifkan diri, elakkan merokok, amalkan pemakanan sihat, dan sentiasa memastikan kesihatan mental diberikan keutamaan untuk memastikan Perlis Sihat menjadi satu realiti,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Karnival Sihat Milik Semua anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di UTC Kangar hari ini.

Antara reruai memberi peringatan kepada orang ramai bahaya denggi sempena Karnival Sihat Milik Semua anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di UTC Kangar hari ini.

Berkenan hadir Raja Puan Muda, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ismuni Bohari.

Dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Karnival Kesihatan Sihat Milik Semua ini merupakan salah satu program yang menyokong visi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, iaitu Perlis Hebat, Perlis Sihat, Peneraju Perkhidmatan Kesihatan menerusi salah satu
pendekatannya, iaitu Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan dengan menyokong pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Pelaksanaan Karnival Sihat Milik Semua ini juga berada dalam senarai aktiviti bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis.

Karnival ini juga merupakan platform penganjuran bersama Mini Karnival Kecergasan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana Negeri Perlis sebagai tuan rumah bagi sukan berbasikal.

Selain itu, program ini juga menggabungkan promosi Hari-hari Kesihatan yang jatuh pada bulan April, Mei dan Jun, atas faktor menggalakkan perkongsian sumber dan meningkatkan capaian maklumat kepada kumpulan sasar. – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button