Luar NegaraPendidikan

Pelajar maut, China melarang hukuman berat di sekolah

Denda dan hukuman di sekolah buat para pelajar tidak asing lagi terutamanya apabila para pelajar berkelakuan nakal atau tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan.

Namun, terdapat ramai juga individu yang menyalahgunakan kuasa mereka sebagai pendidik sehingga menyebabkan trauma fizikal atau mental buat para pelajar.

Terbaru di China, larangan buat para guru sekolah dalam menjatuhkan hukuman yang mampu meninggalkan kesan yang buruk buat para pelajar.

Hal ini merupakan setelah rentetan kematian pelajar yang berkaitan dengan disiplin yang keras dalam beberapa tahun terakhir.

Seorang gadis berusia 10 tahun di wilayah barat daya Sichuan meninggal dunia setelah guru matematiknya menarik telinga dan memukul kepalanya kerana mendapat dua jumlah wang yang salah, lapor agensi berita negeri Xinhua pada bulan September.


Seorang pelajar kelas lima di wilayah Jiangsu timur membunuh dirinya pada Jun lalu setelah gurunya didakwa mengkritik karangannya kerana tidak mempunyai “unsur positif”, lapor China Daily.

Guru tersebut didakwa menamparnya dan memalukannya di hadapan kelas.

Oleh itu, peraturan baru telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan China.

Peraturan baru yang dikeluarkan akan mula berkuatkuasa pada hari Isnin bagi melarang hukuman di sekolah yang mengaibkan pelajar, dan juga menguatkan larangan hukuman fizikal.

Amalan yang dilarang termasuk merotan, membuat pelajar berdiri atau berlutut di lantai selama berjam-jam dan kekerasan verbal.

Pelajar sekarang digalakkan untuk menulis surat permohonan maaf atau melakukan tugasan dalam kelas atas kesalahan kecil seperti lupa membuat kerja rumah mereka.

Mereka yang melakukan kesalahan yang lebih berat seperti buli boleh digantung sekolah atau dinasihatkan untuk menjalani kaunseling.

China melarang hukuman fizikal pada tahun 1986, tetapi penguatkuasaan tetap lemah dan ibu bapa sering menutup mata terhadap praktik ini.

Kementerian masih belum memberi kenyataan rasmi tentang rancangan mereka dalam menghukum guru yang tidak mematuhi peraturan.

Media China kerap melaporkan kes kanak-kanak yang telah mati setelah dipukul oleh guru atau telah meragut nyawa sendiri setelah dihina di sekolah.

Undang-undang pendidikan keluarga baru yang melarang hukuman fizikal di rumah juga dijatuhkan ketika badan perundangan tertinggi China, Kongres Rakyat Nasional, bermesyuarat akhir minggu ini.

(Visited 57 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button