Luar Negara

Pelajar di UK hadapi manipulasi harga buku ketika pandemik

ANTARA masalah lain yang dihadapi pelajar di United Kingdom (UK) adalah manipulasi harga buku di pasaran dalam talian.

Manipulasi itu dipercayai berlaku ketika pandemik Koronavirus (Covid-19) ini apabila pelajar lebih cenderung berada di rumah dan tidak menelaah buku secara fizikal.

Sebaliknya, buku dipercayai diakses secara dalam talian iaitu e-book memudahkan mereka berbanding perlu keluar dan pergi membeli ketika negara itu dalam tempoh perintah berkurung.

Namun apa yang berlaku adalah, pihak penerbit berlaku tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga bagi akses kepada e-book sehingga 500 peratus.

Oleh demikian hampir 3,000 pustakawan, ahli akademik dan pelajar menandatangani petisyen meminta satu siasatan umum dilakukan terhadap pasaran e-book yang terlampau mahal.

“Penerbit sedang memanipulasi pasaran dan harga buku berikutan penularan Covid-19.

“Kami sedang cuba membantu pelajar ketika dalam keadaan krisis kesihatan luar biasa ini, tetapi mereka (penerbit) menambah beban mereka. Ini satu skandal.”

Demikian memetik kata Johanna Anderson, seorang pustakawan di perpustakaan University of Gloucerstershire yang juga merupakan salah seorang pembuat petisyen berkenaan, dalam laporan portal The Guardian.

Katanya, pustakawan ditawar buku termasuk buku teks pendidikan, ‘An Integrated Play-based  Curriculum for Young Children‘ yang diterbitkan oleh Routledge.

Penerbit berkenaan menawarkan buku itu pada pustakwan pada harga 36.99 Great Britain Pound (GBP) (RM205.05) dalam bentuk bercetak.

Tetapi, harga bagi e-book buku yang sama pula ditawarkan pada harga berganda lebih mahal iaitu 480 GBP (RM2,660.77) yang hanya boleh diakses seorang pelajar sahaja.

Begitu juga dengan buku pengajian perniagaan, ‘Fundamentals of Corporate Business’ yang diterbitkan oleh McGraw Hill, dijual pada harga 65.99 GBP (RM365.80) bagi versi bercetak.

Namun, buku berkenaan dijual dalam bentuk e-book pada harga 528 GBP (RM2,926.85) bagi seorang pengguna sahaja.

Menurutnya, ramai pustakawan mengadu penerbit yang mempunyai hubungan mengikat perpusatakaan dengan kos langanan terlampau mahal.

Tambah Anderson, harga buku yang meningkat lebih 500 peratus untuk e-book adalah sesuatu yang melampau.

“Kita perlu membayar beribu untuk melanggan, tetapi hanya beberapa e-book sahaja yang betul-betul perlu, selebihnya tak guna pun.

“Seperti kedai Waterstone pernah beritahu, ‘awak boleh beli novel ini tetapi perlu membeli semua buku di kedai. Tak masuk akal!” tegasnya.

Sementara itu, seorang pustakawan di University of Derby pula menempelak tindakan syarikat penerbit yang mengaut keuntungan melampau.

Malah, beliau turut mendedahkan sikap sebilangan penerbit yang mengaut keuntungan atas angin apabila tidak membayar royalti.

“Ahli akademik menulis, menyemak dan menyunting terbitan seperti jurnal dan buku teks. Tetapi mereka selalu tidak dibayar.

“Kemudian mengenakan bayaran yang mahal kepada universiti bagi format digital ketika pandemik dan ini adalah satu tindakan sangat tidak adil,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button