Politik

PEJUANG lapor Polis isu pengambilan Kg Sg Baru

PARTI PEJUANG Wilayah Persekutuan bersama dengan Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Sg Baru telah membuat laporan polis ke atas empat individu yang terbabit dalam kes pengambilan tanah Kg Sg Baru, Kuala Lumpur kerana beranggapan proses pengambilan tanah ini bercanggah dengan undang-undang khususnya Akta Pengambilan Tanah 1960.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata “Mana mungkin tanah milik peribadi yang bergeran diambil dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk tujuan pembangunan komersil tanpa unsur-unsur pembangunan bagi kepentingan awam.

“Saya selaku Ketua Negeri PEJUANG Wilayah Persekutuan ingin merayu agar Perdana Menteri campur tangan secara kadar segera dalam isu pengambilan tanah di Kg Sg Baru. Pihak kerajaan harus menitik-beratkan isu kependudukan Melayu di kawasan bandar yang senantiasa berdepan dengan pelbagai cabaran hidup,

Khairuddin juga berharap Perdana Menteri dapat membantu mempertahankan hak orang-orang Melayu yang tinggal di Kg Sg Baru.

“Kita harus mempertahankan tanah orang-orang Melayu di kawasan bandar dan sekiranya mampu untuk menambah pemilikan tanah-tanah Melayu di bandar atau separa bandar. Ciri-ciri Melayu dan kependudukan anak bangsa di kawasan-kawasan bandar mesti dipertahankan.” katanya lagi.

Menurut beliau, pemilik tanah Kg Sg Baru bukan anti pembangunan tetapi mereka hanya mahu menuntut pampasan yang adil dan proses pengambilan tanah dilakukan secara professional atas semangat ‘menang menang’ kepada semua pihak terbabit. Sekiranya proses pengambilan tanah di Kg Sg Baru tidak dilakukan secara profesional ianya boleh menjerumus kearah salah guna Akta Pengambilan Tanah 1960 serta salahguna kuasa.

PEJUANG Wilayah Persekutuan merayu agar pihak kerajaan menarik balik warta pengambilan tanah di Kg Sg Baru dan menganjurkan satu rundingan baharu yang lebih telus dan adil di antara pihak pemaju dengan pemilik tanah Kg Sg Baru.

“Kepimpinan PEJUANG Wilayah Persekutuan tidak mahu mempolitikkan isu ini tetapi sanggup bekerjasama dengan semua pihak kearah mencari satu formula penyelesaian secara ‘menang menang’ merangkumi semua pihak yang terlibat dalam kes pengambilan tanah di Kg Sg Baru, Kuala Lumpur,” ujar beliau lagi. – SM

 

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button