Nasional

Projek ECRL libatkan jajaran 665KM, rentasi empat buah negeri

PROJEK Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menggunakan kaedah Mesin Pengorek Terowong (TBM) yang terbesar di Asia dan akan memanfaatkan orang ramai di empat buah negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek ECRL ini melibatkan jarak jajaran 665 kilometer (km) merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dan ia merupakan satu pencapaian bersejarah negara.

“Pelaksanaannya menelan kos RM50.27 bilion dan telah menyaksikan tahap kemajuan projek sebanyak 30 peratus sehingga bulan Mei lalu dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2026.

“Pengorekan Terowong Genting sepanjang 16.39 km ini merupakan satu-satunya daripada penggerudian 59 terowong menggunakan kaedah TBM berbanding kaedah gerudi dan letup bagi terowong-terowong sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian bagi merasmikan permulaan pengorekan terowong ECRL dengan kaedah Mesin Pengorek Terowong (TBM).

Mesin TBM buatan China seberat 1,600 tan ini mampu menembusi Banjaran Titiwangsa di sepanjang kawasan Bukit Tinggi menghubungkan Bentong, Pahang dengan Terminal Bersepadu Gombak yang menjadi pintu masuk utama ke ibu negara.

Kata Perdana Menteri, Pembinaan Terowong Berkembar Genting ini adalah antara komponen utama Projek ECRL kerana ia dapat melengkapkan ‘jambatan darat’ atau landbridge bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang.

 

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button