Politik
Pejuang Kalah Perang Bendera Peringkat Awal Dalam PRN Johor
Parti Pejuang yang bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat ini kalah dari segi perang bendera meski pun ia tidak memberi sebarang apa-apa makna.
Menerusi tinjauan Suara Merdeka di beberapa kawasan secara terpilih, hanya bendera Perikatan Nasional, Barisan Nasional serta Pakatan Harapan sahaja yang masih mengungguli.
Bendera parti MUDA yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan pun seperti masih kurang kelihatan bersesuaian dengan cuma enam kerusi yang boleh direbut.
Begitu juga dengan parti Bangsa Malaysia, penampakan mereka dalam penglihatan pengundi Johor juga gagal diterjemahkan kecuali cuma dikibar dari atas lori sahaja.