NasionalNegeri

Raja Muda Perlis perkenan rasmi bilik terapi sensori Ronald McDonald UniMAP

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di A-Heart Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Tetap Pauh Putra, Kangar, hari ini.

Ini merupakan Bilik Terapi Sensori ke-34 sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charity Malaysia (RHMC Malaysia).

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL bersama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Azmir Jaafar (kiri sekali) dan Dr. Zaliman Sauli (kanan sekali) melihat kebolehan Clarence Kang bermain piano.

Berkenan hadir, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Presiden RHMC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar dan Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr. Zaliman Sauli.

Tuanku Faizuddin bertitah, baginda difahamkan kelengkapan Bilik Sensori RMSR ini dibiayai sepenuhnya oleh RMHC dan merupakan fasiliti terkini dan canggih sesuai dengan keperluan kanak-kanak istimewa.

“Diharap pihak keluarga kanak-kanak berkeperluan khas ini mengambil peluang menggunakan fasiliti ini sebaik mungkin demi perkembangan positif minda dan fizikal anak-anak mereka,” titah baginda.

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL bersama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Dr. Zuliman Sauli dan Azmir Jaafar (kiri sekali) melihat seorang kanak-kanak yang menggunakan peralatan di RMSR A-Heart UniMAP.

Sementara itu Azmir dalam ucapannya berkata, RMSR ini merupakan salah satu program RHMC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kogbitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah penbelajaran.

“Sehingga kini RMSR telah membangunkan 35 bilik terapi sensori di seluruh negara dengan kos tajaan bernilai RM3.7 juta,” katanya.

Azmir menambah, ia telah mampu memberikan manfaat kepada lebih 7,000 kanak-kanak istimewa termasuk di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga berkata, pelancaran pada hari ini telah melengkapkan rangkaian RMSR di setiap negeri seluruh negara sekaligus menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di negara ini.
Katanya, tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapkan dengan latihan pelatih-pelatih kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kanak-kanak ini.

Pada majlis berkenaan juga dimeriahkan dengan kehadiran seorang remaja autisma, Clarence Kang yang menunjukkan kehebatan bermain piano. – SM

(Visited 533 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button