Nasional

SPRM tahan pegawai wanita di agensi kerajaan Selangor

Seorang pegawai wanita sebuah agensi kerajaan di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM18,000, hari ini.

Menurut sumber, wanita berusia 37 tahun tersebut ditahan di Sungkai, Perak kira-kira pukul 11.45 tengah hari tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima wang suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan dan dorongan membantu untuk mendapatkan kontrak pembekalan di jabatan tersebut,” katanya.

BACA> Betty, isteri Guan Eng ditahan SPRM

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman. -SM

(Visited 694 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button