Luar Negara

Penumpang dari Malaysia dikecualikan kuarantin di England, Wales

MENTERI Pengangkutan Britain, Grant Shapps mengumumkan, penumpang dari Malaysia dikecualikan menjalani kuarantin 14 hari di England dan Wales.

Shapps membuat pengumuman itu susulan penurunan angka kes positif Covid-19.

Kelonggaran ini dijangka berkuat kuasa mulai Selasa lalu, pukul 4 pagi waktu tempatan.

Menerusi Twitternya semalam, data menunjukkan mereka boleh meletakkan Malaysia pada senarai Laluan Perjalanan Kerajaan ekoran penurunan kes positif koronavirus.

Dalam Twitternya juga, Shapps menulis “Mulai 4 pagi Selasa, penumpang yang tiba di England dari destinasi ini tidak lagi diwajibkan mengasingkan diri.”

Sejak 4 Julai lalu, Malaysia turut dikeluarkan daripada senarai negara yang tidak disaran dikunjungi warga Britain berdasarkan penilaian risiko COVID-19 terbaharu.

Laman web rasmi kerajaan UK berhubung nasihat perjalanan bagaimanapun masih belum dikemas kini dengan pengumuman terbaharu Shapps itu.

Dalam masa yang sama, penumpang yang tiba dari beberapa negara lain termasuk Andorra dan Belgium diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Data menunjukkan kita perlu keluarkan Andorra, Belgium dan The Bahamas daripada senarai Laluan Perjalanan Koronavirus bagi memastikan kadar jangkitan kekal rendah.

“Sekiranya anda tiba di UK selepas 4 pagi Sabtu dari mana-mana destinasi ini, anda perlu mengasingkan diri selama 14 hari,” kata Shapps.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit Eropah turut mengisytiharkan Belgium sebagai “kod jingga” yang menandakan jumlah kes bagi setiap 100,000 penduduk mencecah 20 atau lebih selama dua minggu. – SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button