Ekonomi

Pavilion Damansara Heights Mall bakal dilancarkan pada Mei 2023

Lebih 70% ruang niaga telah diberi komitmen oleh bakal penyewa

PERMATA baharu di dalam pembangunan integrasi Malaysia, Pavilion Damansara Heights Mall, bakal sedia menyambut pengunjung pada Mei 2023 dengan lebih 70% ruang niaga pusat membeli-belah yang telah diberi komitmen oleh bakal penyewa terdiri daripada restoran-restoran tersohor, jenama fesyen mewah, dan juga jenama terkenal yang lain.

Kombinasi jenama yang telah dirancang secara teliti ini terdiri daripada jenama yang dikenali ramai dan juga jenama-jenama kecil baru yang bakal menjadi faktor kepada kemunculan Pavilion Damansara Heights Mall sebagai salah satu pusat membeli-belah terbaik bukan sahaja di dalam negara, malah seluruh rantau ini.

Terletak di kejiranan Bukit Damansara, Pavilion Damansara Heights Mall mempunyai luas lebih sejuta kaki persegi akan menawarkan pelbagai pengalaman mengasyikkan. Pusat membeli-belah 6 tingkat ini bakal menjadi destinasi mesra pelanggan yang terkenal untuk pelbagai perkara seperti restoran, membeli-belah, hiburan dan riadah.

(dari kiri): Steven Lam dari Hugo Boss, Alvin Leow dari Cortina Watch, Ong Kim Too dari The Food Merchant Reserve, Dato’ Joyce Yap Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Puan Sri Cindy Lim Timbalan Pengerusi Kumpulan Pavilion, Datuk Lee Whay Hoong Pengarah Impian Ekspresi Sdn Bhd dan Jendela Mayang Sdn Bhd, Jonathan Toh dari Harvey Norman, Elyna Tan, Paradise Group dan Hubert W Hoi dari Diptyque.

“Pembukaan semula sempadan dan kedatangan semula pelancong asing ke Malaysia adalah berita baik buat Pavilion Damansara Heights mall dan penyewa- penyewa kami yang dalam persiapan untuk pelancaran kami pada Mei 2023,” kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pengarah Eksekutif (Peruncitan) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, di acara semalam.

Turut hadir ialah Puan Sri Cindy Lim, Naib Pengerusi Pavilion Group, dan Datuk Lee Whay Hoong, Pengarah Impian Ekspresi Sdn. Bhd. dan Jendela Mayang Sdn. Bhd.

“Terdiri daripada 380 kedai dan ini akan membantu kami memenuhi pelbagai keperluan, dari segi keperluan asas sehingga ke keinginan mewah,” kata beliau.

Jumlah penyewa dianggarkan akan meningkat dari sekarang hinggalah ke pelancaran pusat membeli-belah pada Mei 2023 apabila pihak pengurusan yakin bahawa lokasi dan konsep pembangunan Pavilion Damansara Heights Mall akan menarik lebih ramai pelabur dan jenama untuk datang selepas Malaysia mula pulih selepas pandemik.

Ini adalah bayangan komitmen Pavilion Damansara Heights Mall sebagai destinasi berasaskan data maklumat untuk membuat keputusan yang lebih baik bagi penyewa dan pihak berkepentingan untuk mempertahankan daya kompetitif, meningkatkan nilai hartanah dan memberi kemudahan untuk kejiranan sekeliling sambil membuka 4,000 peluang pekerjaan dan pelbagai lagi kesan berganda ekonomi yang lain.

“Kami akan meneruskan usaha untuk menambah baik pendekatan kami sambil mengambil kira aliran pasaran supaya pusat membeli-belah ini akan sentiasa menjadi lokasi yang wajib dikunjungi untuk pelancong luar dan dalam negeri apabila ia dibuka,” kata Yap. – SM

Artikel berkaitan > TMT buka cawangan baharu ke-49 di Pavilion Bukit Jalil

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button