Politik

Zahid bakal terjun dengan wali-walinya

WALI ( Winnable, likeable). Itulah ciri-ciri calon yang diuar-uarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini nanti.

Bersetuju dengan pandangan bahawa adalah prerogatif dan kuasa mutlak Presiden UMNO itu untuk memilih, mengekalkan calon BN ataupun menggugurkan calon untuk PRU15 ini, sama ada setelah berunding dengan Top 5 ataupun tidak.

Ini adalah kuasa mutlak Presiden UMNO.

Menang ataupun kalah UMNO pada kali ini pun terletak pada bahu Presiden UMNO.

Yang menghairankan ialah ketika UMNO mahu meletakkan muka-muka baru dan meremajakan calon-calon UMNO, kenapa UMNO masih lagi memilih calon-calon yang kalah pada PRU 14 yang terang-terang telah ditolak rakyat – sebagai contoh,

KHALED NORDIN
Khaled kalah di Pasir Gudang, Johor dengan majority 24,726 undi.

NUR JAZLAN
Nur Jazlan kalah di Pulai, Johor dengan majority 28,924 undi.

SHAHANIM YUSOFF
Shahanim kalah di Sg. Petani, Kedah dengan majority 21,569 undi.

Ini bukan kekalahan yang sedikit. Bukan kalah 200 atau 300 undi. Ini kalah 20,000 undi. Terang-terang telah ditolak rakyat. Bagaimana Barisan Nasional mahu turn-around defisit ini.

Jurang kekalahan yang amat besar.

Lebih menghairankan dengan keputusan Presiden UMNO mengugurkan *Winnable Candidate”. Iaitu bukan sahaja calon yang boleh menang tetapi calon yang terbukti sebelum ini, *TELAH PUN MENANG”.

Sebagai contoh,

ANNUAR MUSA
Di Ketereh, Kelantan menang dengan majority 4,626 undi.

SHAHIDAN KASSIM
Di Arau, Perlis menang dengan majority 4.856 undi

Pelikkan. Menggadaikan kerusi-kerusi UMNO yang selesa untuk menang.

Masih belum terlambat lagi Presiden UMNO masih mempunyai masa untuk membuat U-Turn di kedua-dua kerusi ini sebelum Hari Penamaan Calon pada 5 November ini. – SM

 

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button