Politik

PAU2023: Intipati penggulungan Presiden UMNO

1. Bersetuju untuk keahlian UMNO dapat dibuka dan dipermudahkan.

2. Bersetuju dengan cadangan Ketua Wanita UMNO untuk menubuhkan TVET Khas untuk wanita melalui UTeM dan Universiti Kolej Agro Sains Malaysia (RISDA)

3. Bersetuju menambah usaha PUTERI UMNO dengan menambah lagi dua lagi bilik penjagaan kanak-kanak pada Perhimpunan Agung UMNO tahun hadapan untuk kemudahan ibu-ibu yang menghadiri Perhimpunan.

4. Bersetuju dengan cadangan PUTERI UMNO untuk merencana Kongres Ekonomi Melayu dan akan dijalankan secara bersama PEMUDA & PUTERI UMNO.

5. Bersetuju cadangan Jelajah Usahawan Halal untuk dilaksanakan di seluruh negara bagi merancakkan lagi pembangunan indsutri halal.

6. Meminta Pengerusi MARA untuk memperhalusi dan menyelesaikan isu berkaitan kebankrapan atau insolvensi khususnya buat anak-anak yang ingin membuat pinjaman pendidikan MARA.

7. Mengangkat cadangan untuk mengkaji dan mewujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan.

8. Bagi Majlis Hal Ehwal Wanita (HAWA) diteruskan bagi membina rangkaian dan jambatan penghubung antara UMNO, NGO-NGO, masyarakat sivil dan pakar-pakar rujuk.

9. Mewujudkan Sekretariat Perpaduan Ilmu Malaysia melalui Majlis Ulama UMNO Malaysia bagi mengumpulkan ilmuan Islam dari Parti dan pertubuhan-pertubuhan Ulama.

10. Bagi PRN Negeri, UMNO akan memuktamadkan jumlah kerusi pada masa terdekat dan mendapat kerusi yang sepatutnya.

11. Bagi isu Disiplin Parti – Lembaga Disiplin akan memperhalusi dan menilai kembali permohonan ahli-ahli yang dikenakan tindakan disiplin untuk kembali bersama UMNO sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi untuk dimuktamadkan.

12. Presiden mengingatkan agar ahli parti tidak mengeluarkan kenyataan yang hanya membawa keburukan kepada parti dari luar.

13. Menghargai Yana, YB Nizar dan Dato’ Nazif yang meneruskan legasi perjuangan Najib Razak.

14. Bagi kebersamaan Kerajaan Perpaduan, Presiden maklum sejurus ucapan Dasar wakil DAP (YB Anthony Loke) ditanya media dan beliau menyatakan sokongan dan bersetuju dengan isi ucapan dasar YAB Presiden UMNO Malaysia.

15. Tabung Pendidikan Melayu telah mengumpulkan setakat 2 hari sebanyak 1.3 juta daripada perwakilan, ahli perniagaan, usahawan dan pengunjung yang hadir sempena PAU tahun ini.

#PAU2023

BACA Kritikan terhadap UMNO sekadar melepaskan geram

BACA Datuk Jo sah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button