Politik

“Kak Ijat, Ani dah cium mulut”!

AKHIRNYA Tan Sri Shahrizat Jalil dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ‘cium mulut’!

Itu sebagai tanda berakhir sudah sedikit salah faham yang berlaku di antara kedua-dua orang kuat Wanita UMNO.

PERWAKILAN geli hati mendengar istilah ‘cium mulut’ yang digunakan oleh Presdien, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berakhir hari ini di World Trade Centre, Kuala Lumpur. – GAMBAR SM

Perkara ini dinyatakan secara terbuka oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) yang melabuhkan ‘tirainya’ di World Trade Centre, Kuala Lumpur, lewat petang tadi.

“Untuk Kak Ijat… Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Hawa .. Tahniah Datuk Rosnah dan seluruh sekretariat . Game changer yang harus mendapat sokongan seluruh negara.

“Tidak berhajat saingi Ketua Wanita.. Wanita Wanita. Kak Ijat ada tujuh kluster dan insya-Allah, mereka tak bertembung.

“Saya sayang Kak Ijat, saya sayang Ani…. Malang sekali kedua-duanya sudah bersuami namun sayang saya, tidak mahu dua tokoh ini bertembung di mana-mana medan politik.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Dewan Merdeka usai Perhimpunan Agung UMNO 2023. – GAMBAR SM

“Mereka boleh bersama-sama menarik NGO-NGO di luar sana dalam perjuangan kita.

“Semangat Ani dan Kak Ijat harus dicontohi. Mereka mengenepikan perbezaan. Kak Ijat dan Ani telah cium mulut. Itu laporan.

“Saya tidak mempercayai pun laporan itu. Mereka telah tutup buku lama, buka buku baru untuk bawa Wanita ke hadapan,” kata Presiden UMNO. – SM

 

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button