Politik
PAU2022 berjalan lancar
PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2022 pagi ini diteruskan dengan acara rutin iaitu upacara menaikkan bendera UMNO Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka.
Upacara ini akan dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan, ketua-ketua sayap dan ahli-ahli serta para perwakilan.
Persidangan hari ini akan menyaksikan Ucapan Dasar Presiden dan membahaskan usul-usul. – SM