Nasional

Irmohizam terima pengiktirafan daripada APIEM

Hari yang cukup bermakna kepada Datuk Seri Irmohizam, Pengarah Urusan WTCKL sebagai rakyat Malaysia yang pertama, apabila Profesor David Hind, Presiden Asia Pacific Institute for Events Management (APIEM) yang beribu pejabat di United Kingdom menyampaikan sendiri sijil pengiktirafan daripada APIEM.

Ini merupakan satu penghormatan kepada beliau kerana diterima sebagai Felo Profesional Asia Pacific Institute for Events Management (APIEM).

APIEM merupakan sebuah Institut profesional nombor 1 di Asia Pasifik yang menyumbang kepada pendidikan acara. Ia telah ditubuhkan pada 2016 dengan misi untuk menyediakan bakat-bakat muda untuk industri acara dan industri MICE di rantau Asia Pasifik.

APIEM turut memberi pengiktirafan kepada universiti, politeknik, kolej dan penyedia latihan di Asia Pasifik yang telah diaudit untuk menunjukkan bahawa institusi ini menyediakan kurikulum MICE bertaraf antarabangsa.

APIEM turut bertindak menyokong pembangunan kurikulum bertaraf antarabangsa dalam acara/pendidikan MICE melalui perkhidmatan perundingan kepada universiti, politeknik dan kolej.

Pengiktirafan sebagai Felo Profesional Asia Pacific Institute for Events Management ini adalah sijil tertinggi dalam organisasi ini dan beliau berbangga menjadi sebahagian daripada rakan APIEM.

“Ini adalah hasil kerja keras dan semangat saya untuk menyumbang dalam Industri Acara Perniagaan (BE). Menjadi matlamat saya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab BE dan diiktiraf oleh seluruh dunia,” katanya.

Negara Malaysia kini bersedia untuk menganjurkan acara-acara besar, persidangan, kejohanan dan pameran. Beliau berharap untuk melihat banyak lagi peganjuran acara-acara antarabangsa tahun ini di Malaysia.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor David Hind, Presiden Asia Pacific Institute for Events Management (APIEM) kerana datang sendiri dari Indonesia untuk bertemu dan menyampaikan sijil Fellowship Profesional ini.

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button