fbpx
Nasional

Pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah berulang lagi

PEMASANGAN bendera Jalur Gemilang di sekolah vernakular berulang lagi, malah insiden tersebut seperti menjadi kelaziman terutama ketika sambutan bulan kemerdekaan.

Baru-baru ini didapat dua buah sekolah vernakular dipercayai di Johor dan Selangor memasang bendera negara secara terbalik.

Insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana kemerdekaan negara disambut setiap tahun, malah Jalur Gemilang boleh dilihat di mana-mana walaupun pada hari biasa.

Justeru, insiden pemasangan bendera terbalik di Johor dan Selangor itu turut disfatkan sebagai tidak matang dan mencurigakan.

Malah, alasan tidak sengaja yang diberikan Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mah Hang Soon juga dikatakan sebagai lapok.

BACA > Apa yang Kita Tahu dan Tidak Tahu Mengenai Letupan Beirut – Suara Merdeka

“Peristiwa bendera terbalik berulang kembali dan berikut merupakan reaksi  Hang Soon (MCA) yang saya kira sangat tidak profesional, tidak matang dan mencurigakan.

“Alasan ‘tidak sengaja’ ini merupakan alasan lapok yang sama sahaja digunakan pada peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ini, termasuk ketika zaman PH (Pakatan Harapan) memerintah sekalipun.

“Memang sudah terang lagi bersuluh insiden yang berulang setiap tahun ini, ketika bulan kemerdekaan.

“Ini bukan satu kebetulan apatahlagi sesuatu yang tidak disengajakan.”

JALUR GEMILANG
AMINUDDIN YAHAYA

Kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan hari ini berhubung pemasangan Jalur Gemilang terbalik.

Beliau berkata demikian mengulas jawapan yang diberikan Hang Soon terhadap insiden tersebut.

Menurut Hang Soon, pemasangan bendera secara terbalik dilakukan secara tidak sengaja oleh pekerja di kedua-dua sekolah berkenaan.

BACA > Mujahid, insya-Allah kita jumpa nanti – Azeez – Suara Merdeka

Justeru, beliau maklum sudahpun memberikan amaran kepada sekolah terlibat supaya memantau sendiri pemasangan Jalur Gemilang supaya dipasang dengan betul.

“Selepas siasatan, didapati kedua-dua insiden ini berlaku secara tidak sengaja,” jelasnya.

Bagaimanapun, tindakannya membalas komen daripada seorang pengguna Facebook sangat mencurigakan.

Beliau menjawab, pemasangan bendera itu dilakukan oleh pekerja berbangsa Melayu apabila ditanya jika terdapat warga asing yang memasang Jalur Gemilang di sekolah.

JALUR GEMILANG
MAH HANG SOON

“Difahamkan, pekerja sekolah itu adalah seorang Melayu,” jawabnya.

Namun, dalam kenyataan sebelum itu, beliau menggesa supaya insiden tersebut tidak dikaitkan dengan sentimen kaum.

BACA > 5,355 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai – Suara Merdeka

“Saya tidak mahu membincangkan kaum pekerja-pekerja yang terbabit. Mohon menghindarikan isu ini daripada perkauman,” tegasnya.

Kenyataan tersebut disifatkan Aminuddin sebagai mencurigakan apabila menyentuh tentang perkauman.

Malah, beliau juga berasa pelik apabila Timbalan Menteri Pendidikan itu bersungguh-sungguh mempertahankan sekolah vernakular terbabit.

“Apabila netizen marah kerana peristiwa ini berlaku di sekolah vernakular cina, Timbalan Menteri bersungguh-sungguh pula mempertahankan seolah-olah itu adalah satu ‘serangan’ terhadap kaum tertentu.

“Siapa ‘kaum tertentu’ yang dimaksudkan itu? Apa yang beliau risaukan sebenarnya?

Peristiwa bendera terbalik berulang kembali dan berikut merupakan reaksi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang…

Posted by Aminuddin Yahaya on Selasa, 4 Ogos 2020

“Kemarahan rakyat terhadap ‘kaum tertentu’ atau ke atas ‘institusi’ sekolah vernakular itu sendiri? Apakah ada sesuatu yang disorokkan?

“Kita semakin curiga lagi apabila Hang Soon sendiri membalas komen netizen, dan menyatakan pekerja sekolah yang memasang bendera secara terbalik itu adalah seorang Melayu.

BACA > Warga asing fitnah Malaysia pulang naik pesawat 31 Ogos – Suara Merdeka

“Apa yang beliau cuba buktikan sebenarnya? Tidak kira apa kaumnya pun, yang salah tetap salah,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!