fbpx
Politik

Pas tidak memberontak, Nik Abduh doakan kemenangan buat BN, PN

PIHAK yang mahu melihat Pas memberontak, melawan balik dan memecah belahkan kesepakatan di antara parti-parti rakan dengan bertanding bersendirian di Pilihan Raya Negeri Sabah tidak akan berlaku.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, parti itu memilih jalan kemuliaan walapun tiada ahlinya menjadi calon pada PRN Sabah yang bermula hari ini.

Mesej dan matlamat perjuangan Pas kekal dipertahankan dan parti itu gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihanraya dengan penuh kesatuan.

“Ada yang mentertawakan PAS. Ya, itulah senjata orang yang gagal. Kehendak sebenar mereka adalah PAS gagal berunding dan gagal menerima kegagalan itu lalu memberontak, melawan balik dan memecah belahkan kesepakatan di antara parti-parti rakan dengan bertanding bersendirian di PRN Sabah.

“Dengan itu, mereka mendapat senjata paling ampuh melakukan serangan sepanjang kempen pilihanraya. Malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan. Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka,” kata Nik Abduh.


Jelas Ahli Parlimen Bachok itu, Pas sememangnya terkesan kerana gagal meletakkan calon selepas tidak menemui kesepakatan dalam perundingan dengan parti-parti rakan di Sabah.

Bagaimanapun PAS meneriman dengan lapang dada dan akan menjunjung politik akhlak yang mulia dan moral yang tinggi.

“Sebagaimana insan yang mulia akhlaknya membina keindahan untuk dirinya, begitulah untuk orang disekelilingnya. Ia memancar cahaya buat semua rakan-rakan dan mencetus kegembiraan.

“Mesej PAS, rakyat mahukan politik negara yang lebih berintegriti dan sejahtera. Semuanya mesti bermula dengan kesepakatan sesama parti-parti politik deminya. Ia bukan mudah. Ia perlukan perjuangan berterusan. Istiqamah,” kata Nik Abduh.

Nik Abduh berkata, beliau akan turun berkempen dan PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihanraya dengan penuh kesatuan.

Anak bekas Mursyidur Am Pas Allahyarham Nik Aziz Nik Mat itu turut mendoakan UMNO dan rakan-rakan di Sabah beroleh kemenangan dan kejayaan.-SM

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button