Politik

Musa Aman tidak bertanding di Sungai Manila?

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang juga tidak kelihatan di Pusat Pencalonan di Dewan Serbaguna Libaran.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga sebelum ini mengatakan akan bertanding di Sungai Manila.

Musa berkata demikian dalam ciapan Twitternya yang berbunyi, “saya akan kembali ke Sungai Manila.”

Beliau bagaimanapun dalam pengumuman UMNO Sabah kelmarin tidak tersenarai sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Sebaliknya, UMNO meletakkan calon Mohamad Hamsan Awang Sapian di Sungai Sibuga.

Sementara di Sungai Manila pula, Mokran Ingkat dikemukakan sebagai calon yang akan merebut kawasan tersebut menentang Dr. Mahmud Sudin daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan calon lain.

Namun, sebelum pusat pencalonan di Libaran itu ditutup, beliau tidak kelihatan hadir untuk mengemukakan pencalonannya.

Semalam, memetik laporan Malaysiakini, pencalonan Mokran di Sungai Manila ditolak lebih 20 Ketua Cawangan UMNO di empat daerah pengundian di sana.

Kesemua ketua cawangan sebaliknya mendesak Musa dipilih sebagai calon di DUN N.51 Sungai Manila.

“DUN 51 Sungai Manila menolak calon yang telah diumumkan semalam kerana beliau tidak pernah berkhidmat di sini.

“Kami ingin menang… Tiada pilihan… Musa Aman.

“Kami mahu menang jadi buat cara mahu menang.

“Kalau mahu menang tukar calon. Kami mahu calon untuk ditukar.

Demikian kata Ketua Cawangan UMNO Taman Sri Gaya, Sapar Sastro dalam sidang akhbar.

Terdahulu, Musa memulakan gerakan menjatuhkan Warisan bagi membentuk Kerajaan Negeri baharu.

Bagaimanapun, susulan gerakan tersebut, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bertindak mengumumkan pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai.

Musa kemudian dilaporkan dihalang daripada bertemu dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bagi menyatakan sokongan yang dimiliki untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Beliau kemudian mengemukakan saman di mahkamah mempertikaikan pembubaran DUN Sabah yang sudahpun diwartakan. – SM

 

 

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button