Politik

Pas sindir Umno supaya buktikan semangat setiakawan

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir Umno yang disifatkannya perlu membuktikan setiakawan dengan menjadi kawan yang setia.

“Kalau kenyataan rasmi menyatakan sokongan kepada Kerajaan PN sehingga parlimen dibubarkan, maka semua kenyataan lain mestilah selaras dengan pendirian Kerajaan.

“Amat wajar semua parti komponen yang membentuk Kerajaan PN memberi fokus bagi membantu rakyat dalam situasi yang penuh mencabar ini.

“Buktikan setiakawan dengan menjadi kawan yang setia.
Kita telah tekad untuk membina penyatuan ummah, mari kita buktikan,” katanya dalam hantaran ke Facebook petang ini.
Pemimpinlah kata beliau yang menggerakkan rakyat agar bersatu, bukan rakyat menyuruh pemimpin bersatu.
“Apakah ini sebahagian daripada norma baru?” soal beliau.

Ahmad Zahid Hmaidi bertarikh 26 Feb yang menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN hanya akan diteruskan sehingga pembubaran parlimen.

Umno mengesahkan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Susulan itu Bersatu mengadakan mesyuarat majlis pimpinan tertingginya (MPT) di Putrajaya semalam, antara lain bagi membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan Umno.

Bagaimanapun, selepas kira-kira dua jam bermesyuarat MPT Bersatu tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungan parti itu dengan Umno.

Namun, setiausaha agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata Bersatu memandang serius kandungan surat yang dihantar Ahmad Zahid yang mempunyai implikasi besar terhadap kerjasama di antara Bersatu dan Umno pada masa hadapan.

Umno juga memeterai kerjasama dengan Pas menerusi gabungan Muafakat Nasional yang turut membabit parti-parti komponen BN.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button