Politik

Pas dan UMNO tidak boleh kahwin – Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas dan UMNO mempunyai perjuangan yang sama sejak sekian lama terutama ketika menuntut kemerdekaan lagi.

Perkara yang sama, katanya, berkaitan hak orang Melayu dan Islam diperjuangkan kedua-dua parti.

” Kita sama-sama menghadapi ancaman Komunis, Pas pernah jadi pembangkang apabila ISA di bawa ke Parlimen untuk melawan Komunis, Pas sokong. Ini demi keselamatan negara Pas sokongan ISA,” katanya ketika berucap pada perhimpunan Muafakat Nasional Selangor di Klang malam tadi.

Parti-parti lain, katanya, seperti DAP tidak memahami ini kerana parti itu sebenarnya adalah DNA parti PAP dari Singapura yang disingkirkan dari Malaysia.

DAP  kata beliau, menjadi punca kepada ketegangan kaum hingga tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Pas dan UMNO, katanya, mengadakan Muafakat Nasional bersama mengajak parti-parti Melayu yang tidak ekstrem dan MCA serta MIC yang menerima kepimpinan Melayu untuk kesejahteraan masyarakat majmuk.

Jadi Pas dan UMNO, katanya, tidak boleh kahwin kerana kedua-dua parti adalah sama jenis dan merupakan adik-beradik.

Cuma, kata beliau, sesekali berlaku perbalahan, tetapi kembali berbaik untuk kebaikan rakyat.

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button