NasionalpilihanTravel

Pameran Motif dan Reka Corak Tekstil lestarikan martabat seni dan warisan negara

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menganjurkan Pameran Motif dan Reka Corak Tekstil, bertempat di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan perasmiannya berkata, “Penganjuran pameran ini amatlah bertepatan sekali untuk mengangkat dan memperkenalkan kepelbagaian sumber motif yang menjadi inspirasi dalam penghasilan seni tekstil tempatan serta menyebarluaskan pengetahuan dan pemahaman kepada masyarakat mengenai unsur-unsur motif dalam seni tekstil Melayu, perkembangan idea dan reka corak serta teknik pembuatan bagi penghasilan tekstil,”

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berucap di Majlis Perasmian Pameran Motif dan Reka Corak Tekstil. Foto: UKK MOTAC

Pameran Motif Dan Reka Corak dibuka kepada orang ramai bermula pada 7 Julai sehingga 31 Disember 2022 bertempat di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara. Pameran ini dijayakan melalui kerjasama strategik antara Jabatan Muzium Malaysia

Pameran ini secara esklusif memperagakan sebanyak 91 koleksi pelbagai kategori milik Jabatan Muzium Malaysia dan  65 koleksi produk akhir hasil karya dan kreativiti para pelajar UiTM Cawangan Machang, Kelantan.

Antara koleksi yang dipamerkan ialah koleksi songket, songket limar, kain tenun, kain pelangi, batik, tekat, hiasan kepala, kelingkan, kasut manik dan telepuk. Turut menampilkan hasil lakaran perkembangan idea pelajar yang mewakili sepuluh unsur motif yang dipamerkan.


Antara tekstil yang diperagakan pada Majlis Perasmian Pameran Motif dan Reka Corak Tekstil semalam. Foto: UKK MOTAC

Pameran ini terbahagi kepada empat segmen yang mengetengahkan sepuluh unsur motif yang sangat dominan dalam dunia tekstil Melayu iaitu motif flora, fauna, alam semulajadi, kosmos, makanan, kaligrafi, alam benda, figura, abstrak dan geometri. Pameran ini juga disemarakkan lagi dengan program ‘[email protected]’ dan program ‘ [email protected]’ yang berlangsung sepanjang bulan Julai.

Antara pengisian program ‘[email protected]’ ialah sembang tekstil, demonstrasi pemakaian Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Perak, pelbagai bentuk pertandingan, gerai jualan dan lain-lain aktiviti. Selain beberapa pengisian program sampingan yang diadakan pada setiap hujung minggu sepanjang pameran berlangsung, iaitu pertandingan melukis motif tekstil, mereka corak motif pada poskad, jom buat pop motif fridge magnet dan program tie & dye.

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri melawat sekitar Pameran Motif dan Reka Corak Tekstil. Foto: UKK MOTAC

“Penganjuran pameran ini diharap dapat mencapai objektif yang telah disasarkan dan usaha mengetengahkan unsur- unsur motif yang dominan dalam seni tekstil Melayu dapat didokumentasikan. Menerusi pameran ini juga, ia dapat menjadi medium kepada pihak Jabatan Muzium Malaysia untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada masyarakat dan melestarikan warisan, budaya dan tradisi bangsa yang menjadi lambang dan identiti negara,” jelas Nancy lagi.

Artikel berkaitan > MOTAC perluas segmen pelancongan mesra Muslim di OIC

(Visited 104 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button