NasionalNegeriPendidikan

“Outreach POLIMAS” ke 40 buah sekolah di Kedah

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) “turun padang” ke 40 buah sekolah di Kedah menerusi program “Outreach POLIMAS”.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan dan Data) POLIMAS, Roshelmy Ramli berkata, ia melibatkan 16 buah sekolah di Daerah Kubang Pasu 12 (Daerah Kota Setar), masing-masing 3 buah sekolah di Daerah Padang Terap dan Daerah Pendang, 4 (Daerah Pokok Sena), masing-masing sebuah sekolah di Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan.

Pelajar dari SMK Permatang Bonglai, Jitra tekun mendengar penjelasan kemasukan ke POLIMAS yang disampaikan oleh pensyarah POLIMAS. – Gambar Ihsan POLIMAS

Katanya, program ini mendapat sambutan amat baik dari pelajar sekolah berkenaan di mana ia juga melibatkan kira-kira 100 orang yang terdiri pensyarah, pegawai dan juga pelajar POLIMAS.

Beliau menambah, kepada pelajar yang belum memohon atau belum menerima tawaran bolehlah menghubungi Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar POLIMAS sekiranya berminat meneruskan pengajian di POLIMAS berdasarkan kekosongan bidang yang masih ada mengikut syarat-syarat kemasukan sedia ada.

Muhamad Nasir Zain (dua dari kanan) menerima Sijil Penghargaan dari Pengetua SMK Pokok Sena 2, Nor Sakula @Nor Sakila Zukhi sempena program Outreach POLIMAS di SMK Pokok Sena 2. – Gambar Ihsan POLIMAS

Sementara itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar POLIMAS, Muhamad Nasir Zain berkata, program ini adalah salah satu bentuk promosi bagi pengambilan dan kemasukan ke PolyCC.

Tambahnya, sekaligus ia memudahkan pelajar membuat pilihan untuk terlibat dalam bidang teknikal dengan laluan pendidikan yang tersusun.

“Program ini juga bertepatan dan bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 dengan kerajaan akan memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan pendidikan TVET,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika turut bersama menyertai program ini di Sekolah Menengah Pokok Sena 2 di Pokok Sena, Kedah.

Sementara itu Guru Kaunseling sekolah berkenaan, Nur Syuhada Zakaria merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak POLIMAS kerana sudi membuat promosi kemasukan ke sekolah ini.

“Kursus yang ditawarkan oleh pihak POLIMAS sesuai dipohon oleh pelajar sekolah ini yang baru saja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Pensyarah POLIMAS memberikan penjelasan kepada pelajar SMK Tengku Seri Indera Putra,Ayer Hitam, Kedah untuk permohonan kemasukan ke POLIMAS. – Gambar Ihsan POLIMAS

Tambahnya lagi, POLIMAS juga menawarkan yuran pengajian yang sangat rendah hanya RM200 bagi satu semester dan tidak membebankan kepada ibu bapa yang taraf pendapatan tidak seberapa di kawasan Pokok Sena ini.

“Peluang yang diberikan ini membolehkan anak-anak kampung meneruskan pengajian mereka lebih tinggi setelah tamat sekolah,” ujarnya.

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar POLIMAS, Awaluddin Sabarudin berkata, pelajar yang ditemui semasa program ini sangat berminat dengan POLIMAS kerana didapati menawarkan yuran pengajian yang murah dan berpatutan disamping kemudahan asrama yang murah sesuai dengan pendapatan ibu bapa mereka.

Katanya lebih ramai pelajar yang ditemui ingin memohon untuk menyambung pelajaran ke POLIMAS dan berharap dengan SPM nanti akan diterima masuk ke POLIMAS. – SM

BACA FYPComp@POLIMAS: AR Sandbox kalahkan 250 projek Anugerah Pengarah

BACA POLIMAS, MDB tandatangani kolaborasi perkasa kerjasama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button