Nasional

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh terpaksa ditangguh

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh Father’s Organic Farm ditangguhkan buat kali kedua hari ini berikutan hujan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pasukan SAR terpaksa berhenti pada pukul 8.15 malam.

“Selepas hujan berhenti, kita akan buat satu lagi penilaian (untuk menentukan sama ada SAR boleh disambung semula), berdasarkan struktur tanah,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi.

SAR dihentikan dari jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, tetapi operasi diteruskan selepas hujan berhenti.

(Visited 43 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button