Sukan
Oliveira rangkul kejuaraan kelas ringan UFC
Petarung Brazil Charles Oliveira berjaya tampil juara baharu kelas ringan. Oliveira menundukkan lawan Amerika Serikat Michael Chandler pada UFC 262 di Toyota Center, Houston, Texas.
“Saya membuktikan kepada semua orang bahawa saya adalah singa dari semua singa,” kata Oliveira selepas pertarungan itu dipetik AFP. “Saya sudah kata akan meng-KO dia. Sayadatang dan berjaya mengalahkannya,” katanya.
Oliveria mengambil tali pinggang setelah Khabib Nurmagonedov yang bersara.
Chandler berusia 35 tahun itu berjaya melepaskan diri dari kunci Oliveira bergusti di lantai. Dia kemudian melancarkan beberapa headshot ketika bangkit kembali.
Akhirnya Chandler tumpas dengan serangan tumbukan, lutut dan siku bertubi-tubi Oliveira