fbpx
BeritaNasional

Nur Sajat mahu buktikan apa?

APA yang cuba dibuktikan oleh usahawan kosmetik, Nur Sajat 35, atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman?

Dia kini masih berada di Tanah Suci. Di luar musim haji, umat Islam mengunjungi Mekah dan Madinah bertujuan untuk menunaikan umrah.

Matlamatnya hanya satu – mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dan memohon agar segala dosa dilakukan akan diampunkan.

Nur Sajat pula dilihat melakukan sebaliknya. Walaupun berada di Tanah Suci, dia tetap berusaha mengejar populariti. Malangnya kali ini, tindakannya hanya mengundang bahaya.

Beberapa gambar dan video memperlihatkan dirinya memakai telekung, kini terus tular.


Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan sedang mengesan Nur Sajat. Sekiranya tertangkap hukuman dikenakan tentu berat.

Negara itu pernah menjatuhkan hukuman
mati kepada transgender beberapa tahun lalu.

Hakikatnya, Arab Saudi melarang mana-mana lelaki atau transgender berpakaian wanita.

Kedegilan Nur Sajat dipercayai semata-mata untuk ‘mempengaruhi’ orang ramai bahawa apa yang dilakukan selama ini bukan satu ‘dosa’.

Atau mungkin mahu membuktikan dakwaan sebelum ini bahawa benar dia adalah seorang ‘wanita’.

Entah di mana silapnya undang-undang negara, walaupun jelas terkandung dalam akta Jabatan Agama Islam setiap negeri, namun golongan ini seolah-olah kebal.

Mungkin juga mereka ini bukan lagi dianggap ‘ancaman’ kepada umat Islam.

Di Wilayah Persekutuan umpamanya, hukuman boleh dikenakan berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan.

Malangnya, apa sangat yang pihak penguat kuasa agama boleh lakukan jika mufti sendiri dilihat memilih untuk ‘berkawan’ dengan mereka.

Bukan memperkecilkan usaha pihak mufti ‘membawa’ golongan ini kembali ke pangkal jalan menerusi cara lembut dan berhemah, namun  jangan sampai kaedah tersebut diambil kesempatan oleh mereka yang sukar dikawal.

Nur Sajat telah menunjukkan sikapnya yang sebenar. Walaupun di Tanah Suci, dia tetap melakukan perbuatan yang tidak dibenarkan.

Malah, apa yang cuba dibuktikan iaitu – Tuhan menerima keadaan dirinya sebagai ‘wanita’ –  mengapa tidak manusia – hanya menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button