Politik

Muafakat Nasional akan bersama Tun M bentuk kerajaan baharu?

PUNGUTAN suara yang dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan terhadap pengikutnya di Facebook.

Asyraf Wajdi hari ini meminta pengguna Facebook untuk mengundi sama ada wajar atau tidak Muafakat Nasional iaitu pakatan BN, UMNO dan Pas untuk bersama-sama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan menolak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Teruskan bagi komen dan pandangan. Pandangan-pandangan semua amat mustahak untuk saya bawa ke peringkat tertinggi parti,” kata Asyraf Wajdi.

Terdapat desas-desus bahawa pada 7 Februari ini akan menjadi penentu keputusan kepimpinan UMNO sama ada untuk membentuk kerajaan bersama kumpulan Dr. Mahathir sekaligus membentuk kerajaan atau kekal sebagai pembangkang.

Asas pertimbangan ini adalah bagi mengekang penguasaan DAP dalam kerajaan dan menolak Anwar yang dilihat terlalu bersungguh mahu menjadi Perdana Menteri.

Hantaran yang dilakukan Asyraf Wajdi kira-kira tiga jam lalu itu sehingga kini telah menerima 40,900 undi daripada pengguna Facebook.

Sebanyak 51 peratus daripadanya berpendapat wajar untuk Muafakat Nasional bersama dengan Dr. Mahathir. Manakala 49 peratus lagi berpendapat tidak wajar.

“Apa punya soalan lah ni? Kenapa nak pilih salah satu pulak? MN wajar tolak Mahathir dan Anwar. Jangan kerana tamak nak berkuasa cepat, sanggup gadai prinsip. Rakyat akan tolak UMNO selama-lamanya kalau pilih di antara keduanya. Tolak dua dua. Tuntas.” Komen Khairul Azri.

“Bubar je Parlimen tu. Tak wajar kita bersama pengkhianat. Kalau Tun M tu insaf dan sayangkan Malaysia dan rakyat dia akan buat keputusan ni. Sekarang dia sayangkan kroni dia sebab tu nak kuasa lagi,” kata Syahida Kamaliah Abdul Karim.

“Kedua-dua jawapan itu tidak wajar. Katakan tidak pada Tun Mahathir.  UMNO tidak memerlukan pengkhianat seperti beliau. UMNO dan Muafakat Nasional akan rosak dari dalam sebagaimana PKR,” nasihat Mohd. Ardi Zaini.

“Kenapa Muafakat Nasional kena terlibat juga.Apa kata Muafakat Nasional duduk tepi gelanggang dan tengok je pertarungan dua dinosour politik ini bertembung. Bila gelanggang sebenar (PRU15) dibuka baru Muafakat Nasional masuk,” menurut Afdi Alias.

“Biar PH settlekan masalah sendiri. Buat apa kita nak sibuk-sibuk. Muafakat Nasional duduk tepi dan makan popcorn sambil perkukuhkan kerjasama antara kita,” kata Hazwan Zulkifli.

“Wajar jika niat cuma utk menolak Anwar dan DAP. Tapi tidak wajar membiarkan Mahathir berterusan menguasai politik Malaysia dan lebih penting harus ditolak kesemuanya,” komen Mod. Zulhafize Eji.-SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button