Politik

Najib Razak gelak penjualan aset negara dikira PH sebagai pelaburan asing

PELBURAN asing dalam negara didapati turun lebih 50 peratus berbanding sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018.

Hal tersebut dilaporkan apabila pada 2015, kerajaan yang mentadbir negara ketika itu, Barisan Nasional (BN) mencatatkan jumlah pelaburan asing sebanyak RM39.4 bilion.

Kemudian, nilai pelaburan terus meningkat pada 2016 iaitu sebanyak RM47.1 bilion dan 2017 pula bernilai RM40.4 bilion.

Namun pada 2018 jumlah pelaburan asing menurun kepada RM30.7 bilion, 2019 turun lagi (RM19.6 bilion) dan 2020 (RM16 bilion).

Walau bagaimanapun, pada 2020 dunia dilanda pandemik menyebabkan ekonomi negara seluruh dunia terjejas teruk.

Oleh demikian, Pakatan Harapan (PH) didakwa menjadi punca kepada penurunan nilai pelaburan asing.

Malah, peningkatan pelaburan asing pada suku pertama 2019 seperti diumumkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanyalah penjualan aset negara.

“Kerajaan PH secara rasmi umum pelaburan asing bagi tahun 2019 sebanyak RM31.7 bilion.

“Apabila ‘Menteri Kewayangan’ umum pelaburan asing bagi suku pertama 2019 adalah paling tinggi dalam sejarah, saya mendapati ia sebenarnya adalah penjualan aset negara.

“Iaitu penjualan saham IHH Berhad kepada negara Jepun dan penjualan 50 peratus saham Sapura Upstream kepada Austria bernilai RM12.1 bilion.

“Saya pun gelakkan kerajaan PH begitu terdesak untuk mengambil kira penjualan aset negara sebagai pelaburan asing untuk claim kredit.

“Perkara ini disahkan Tony Pua setelah saya bongkarkan kerajaan PH ambil kira penjualan aset negara kepada orang asing sebagai pelaburan asing.

“Lalu Tony jawab bahawa Najib buat yang sama untuk pelaburan 7 bilion Dolar Amerika Syarikat (USD) Aramco yang dia sifatkan sebagai penjualan saham oleh Petronas.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas pelaburan asing dalam negara ketika ini dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, beliau memetik ramalan pakar terhadap pelaburan asing yang dijangka masuk ke negara ini pada tahun hadapan adalah RM17 bilion.

Tambah beliau, pengambilalihan PH didakwa menyebabkan beberapa pembangunan negara terbantut akibat daripada fitnah dan hasutan yang dilemparkan kepada penyokongnya.

“Akibat PRU-14, PH telah menjahanamkan halatuju negara apabila menggantikan Pelan Transformasi Negara yang begitu teratur dan komprehensif kepada pelan Wawasan Kekayaan Bersama 2030 (WBK2030) yang entah siapa tahu apa bendanya.

“PH telah bantutkan infrastruktur negara apabila mereka batalkan atau perlambatkan rata-rata projek infrastruktur seperti projek saluran petroleum, LRT3, HSR, MRT2, MRT3, RTS, ECRL, Melaka Gateway, dan Pan Borneo Highway.

“Akibat hasutan berdasar kebencian terhadap peribadi dan perkauman, janji-janji manifesto bukan kitab suci, fitnah dan sebagainya PH juga telah hancurkan kestabilan politik negara hari ini,” jelasnya.

Kata Najib Razak lagi, walaupun negara sudah bertukar pentadbiran daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN), namun pembangkang terus didakwa sebagai punca kepada pelaburan asing tidak masuk.

“Walaupun kerajaan PH sudah bertukar tangan menjadi kerajaan PN, ketidakstabilan politik negara masih amat berbahaya.

“PH telah menjahanamkan 6) Sistem perundangan yang adil dan telus apabila mereka ganti hampir kesemua jawatan-jawatan penting institusi negara.

“Supaya sistem perundangan negara digunakan untuk menyeksa dan mengenakan lawan politik mereka.

PH telah menghalang rancangan kerajaan BN dahulu untuk terus mengurangkan kadar cukai korporat Malaysia kepada 20 peratus supaya kita masih kompetitif dengan negara-negara jiran.

“Apabila PH mansuhkan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan naikkan semula kebergantungan negara kepada hasil petroleum pada ketika harga minyak dunia turun.

“Akhirnya, PH rosakkan kecekapan pentadbiran dengan melantik para-para akauntan gagal, mat tak lepas kursus kulinari, pelawak yang tidur tepi jalan, mereka yang tipu sijil, pemfitnah yang terus menipu rakyat untuk menjadi menteri-menteri.

“Manakala PM (Perdana Menteri) pula adalah seorang yang kaki cari gaduh merata dunia dengan idea yang ketinggalan zaman 20 tahun.

“Hatta, masa depan negara kita agak malar pada masa kini jika kesemua ini tidak diperbetulkan sebab faktor saiz pasaran domestik adalah di luar kawalan kerajaan.

“Untuk faktor kos tenaga kerja mahir yang rendah, adakah rakyat Malaysia sanggup terus ikat perut untuk menerima gaji yang rendah dan jangan iri hati orang kaya seperti sering disaran Tun Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad)?” soalnya. – SM

(Visited 1,337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button