Gajet

Pernah Jatuh Sampai Tak Mampu Bayar Kereta Namun Bangkit Semula Dengan Halo Telco

Sebelum mendapat sesuatu kejayaan yang sangat membanggakan, seseorang itu pasti akan berdepan dengan babak paling sukar dalam hidup.

Mengambil contoh seorang usahawan perniagaan kad prabayar Halo Telco, Mohd. Fakhrullah Mohd. Zawawi, 27, beliau mengakui tidak terlepas untuk berdepan dengan situasi tersebut.

“Gara-gara pendapatan yang tidak stabil, saya pernah jatuh sehingga nak bayar kereta setiap bulan pun susah.

“Namun setelah menjadi pengedar Halo Telco, pendapatan semakin stabil dan saya tidak perlu risau lagi untuk membantu ahli keluarga dari segi masalah kewangan,” katanya.


Mohd. Fakhrullah berkata demikian sewaktu mengenang perjalanannya untuk bangkit semula mengatasi masalah kewangan dan bergelar seorang usahawan.

Oleh kerana pada awal pembabitnya Mohd. Fakhrullah sibuk dengan komitmen kerja lain, pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

“Dulu saya cuma boleh jana pendapatan sampingan paling tinggi sehingga RM62 sahaja. Kemudian meningkat kepada RM100 dan RM600.

“Namun selepas saya fokus untuk uruskan perniagaan kad prabayar Halo Telco ini, dalam tempoh kurang dua tahun, saya berjaya menjana sehingga RM24,000,” ujarnya.

Kongsi Mohd. Fakhrullah lagi, kejayaan yang dikecapi ketika ini bukanlah atas usahanya bersendirian sebaliknya turut mendapat sokongan seorang isteri.

Isterinya, Nur Shafira Muhammad Said, 27, turut sama tidak mahu melepaskan peluang untuk menjana pendapatan yang lumayan menerusi peluang yang disediakan oleh Halo Telco.

Tambah Nur Shafira, urusan mereka berdua juga menjadi lebih mudah kerana masing-masing saling memahami serta bantu-membantu antara satu sama lain.

Sejak menyertai Halo Telco, Mohd. Fakhrul mendapat pelbagai ganjaran setiap kali beliau menjadi antara tiga individu yang meraih jualan paling tinggi.

Selain menikmati percutian di hotel mewah dan pakej umrah, Halo Telco turut menawarkan manfaat khairat kematian di antara RM800 sehingga RM1,200 kepada pewaris setelah pengedar kad prabayar atau pengguna Halo Telco meninggal dunia.

Ingin mulakan perniagaan dengan menjadi rakan Halo Telco? Klik perkataan Halo Telco untuk sertai satu group pengambilan baharu menerusi Suara Merdeka hari ini.

Ayuh jana pendapatan sampingan bersama Halo Telco bermula tahun 2021 dengan semoga dengan penyertaan ini, kita sama-sama dimurah rezeki dengan jenama bumiputera ini!

SERTAI GROUP PENGAMBILAN RAKAN NIAGA HALO TELCO SEKARANG

(Visited 578 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button