Nasional

Dakwaan skandal rasuah palsu sengaja mahu cemarkan imej SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan maklumat bertajuk “Konspirasi Dan Skandal Rasuah Di Malaysia” yang disebarkan di WhatsApp adalah palsu dan sengaja mahu mencemarkan imej suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima maklumat yang tersebar itu dengan menggunakan nama penulis sebagai Muhammad Fauzan bin Jamil.

“Kita telah menghubungi penama tersebut menerusi nombor telefon 019-3499238 yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebarluas oleh pihak tertentu.

“Hasilnya, penama tersebut menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan yang tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya,” katanya.

Menurut SPRM, perkara tersebut adalah palsu serta fitnah dan emel yang digunakan juga adalah palsu.

Jelasnya, susulan itu, individu itu juga akan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.

SPRM memandang serius bentuk tohmahan yang sengaja diadakan dengan niat untuk mencemar imej suruhanjaya ini dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung perkara ini. -SM

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button