Politik

“Najib malulah sikit, jangan tak tahu malu” – Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan, gunalah duit yang dikutip semula daripada Goldman Sachs, Delloit dan lain-lain untuk bayar hutang 1MDB.

“Inilah dia pemimpin yang bukan sahaja tidak amanah tetapi tidak tahu malu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika
berucap Pelancaran Akujanji Antirasuah Perikatan Nasional.

Kata Muhyiddin, “yang pergi cari duit 1MDB yang disorok oleh Najib dan konco-konconya di luar negara itu ialah sebuah Pasukan Petugas Khas yang saya tubuhkan ketika saya menjadi Perdana Menteri.

“Saya arahkan mereka pergi ke luar negara berunding dengan pihak-pihak berkuasa beberapa buah negara untuk dapatkan kembali duit dan aset yang diseleweng dan masukkan semula ke akaun kerajaan Malaysia.”

Beliau berkata, RM20.5 bilion nilai keseluruhannya termasuk aset yang dirampas, kalau Najib masih Perdana Menteri, dia soroklah duit itu dan takkan masuk semula ke akaun kerajaan.

“Najib juga kata gunalah duit yang dikutip semula daripada Goldman Sachs, Delloit dan lain-lain untuk bayar hutang 1MDB.

“Inilah dia pemimpin yang bukan sahaja tidak amanah, tetapi tidak tahu malu,” kata Muhyiddin. – SM

(Visited 569 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button