Politik

Najib dakwa diskaun bil elektrik domestik hanyalah penyelarasan bil

DISKAUN bayaran bil elektrik domestik yang diumum Perdana Menteri dalam perutusan bantuan khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) hanyalah penyelarasan.

Penyelarasan tersebut adalah berdasarkan kepada dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu terhadap caj elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Oleh demikian, pemberian diskaun sehingga sembilan peratus atau 2 sen bagi setiap kilowatt perjam (kWh) hanyalah satu penyelarasan caj bagi tempoh enam bulan.

Justeru, tidak hairanlah jika pengumuman Permai yang membelanjakan RM15 bilion itu tidak begitu menggembirakan ramai rakyat Malaysia.

“Tetapi, yang paling bimbang ialah diskaun yang diumumkan untuk diberi kepada pengguna domestik sebenarnya bukanlah diskaun.

“Rebat 2 sen/kWh sebenarnya adalah penyelarasan caj elektrik mengikut formula tetap kadar Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) yang dimulakan masa BN di mana kadar akan dikaji setiap enam bulan mengikut kos bahan api semasa.

“Rebat 2 sen/kWh yang diumum petang tadi sebenarnya telah diumum TNB pada 23 Disember 2020 lalu.

“Pada masa BN dahulu pun, kita pun memberi rebat sebanyak 1.80 sen/kWh (berbanding 2 sen sekarang) bagi Januari hingga Jun 2018 walaupun ketika itu tiada pandemik Covid-19, ekonomi bagus dan rakyat tidak disuruh duduk diam-diam dalam rumah.”

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengulas pemberian diskaun bil elektrik bagi pengguna domestik dan komersial yang dimumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

Muhyiddin dalam perutusan khas bantuan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Permai dengan menggariskan 22 inisiatif sebagai sebahagian daripada langkah pembendungan wabak pandemik Koronavirus (Covid-9).

Permai dikatakan sebagai bantuan kepada rakyat dalam menghadapi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 yang berlangsung sejak 13 Januari.

Antara inisiatif tersebut, pemberian diskaun bil elektrik juga menjadi inisiatif ke-20 dan dasar itu dikatakan diteruskan selama tiga bulan iatu sehingga Mac ini.

Walau bagaimanapun, Najib Razak menambah, beliau mendakwa pemberian diskaun yang diumum dalam Pakej Rangsangan Ekonomi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah lebih baik.

Katanya, pemberian diskaun ketika itu adalan selama enam bulan dengan pemotongan lebih besar berbanding sekarang.

“Diskaun bil elektrik bagi enam sektor komersial sebanyak 10 peratus untuk tiga bulan dari Januari hingga Mac adalah kurang berbanding apa yang diumumkan PM-8 (Muhyiddin) dalam pakej Permai RM15 bilion agak kurang berbanding apa yang diumumkan PM-7 interim (Dr. Mahathir) dalam pakej rangsangan ekonomi RM20 bilion pada bulan Februari tahun lepas.

“Masa itu, PM-7 interim umum diskaun sebanyak 15 peratus selama enam bulan bagi sektor-sektor tersebut – berbanding diskaun 10 peratus untuk tiga bulan sahaja kali ini.

“Ini bermakna tiada diskaun elektrik diberi kepada Rakyat biasa walaupun ramai disuruh duduk rumah masa PKP.

“Sudah tentu bil elektrik bagi bulan PKP ini akan lebih tinggi sebab semakin lama kita duduk rumah, semakin tinggi penggunaan elektrik.

“Sebab itu, ianya wajar untuk kerajaan PN memberi diskaun elektrik sehingga 30 peratus selagi PKP dilaksanakan,” gesanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button