BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau akan melakukan sumpah laknat menafikan tuduhan mengarahkan Altantuya dibunuh.
Najib dalam hantaran ke facebook beliau memberitahu beliau berhasrat melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan yang terkandung di dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan oleh Azilah Hadri.
“Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejuru solat jumaat minggu ini,” katanya.