PRK

Naib Presiden WARISAN berbohong

PAS Sabah hari ini mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Peter Anthony, Naib Presiden WARISAN.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata, dalam satu video yang tular di media sosial menunjukkan dengan jelas bahawa Peter Anthony ketika berceramah menyatakan bahawa PAS membuat laporan polis terhadap sambutan Krismas yang diadakan di Membakut.

“Saya tidak pasti dari mana sumber yang didapati oleh beliau. Ini merupakan satu pembohongan dan fitnah yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

PAS, katanya akan membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Peter Anthony kerana ia satu pembohongan dan fitnah yang nyata.

“Beliau jangan beranggapan hanya dia sahaja orang Sabah. Saya juga orang Sabah berbangsa Dusun. Saya mempunyai keluarga pelbagai agama khususnya Islam dan Kristian. Saya sangat memahami cara hidup dan budaya kaum Kadazan-Dusun-Murut di Sabah. Kami tidak sekali-kali akan menafikan hak dan kepercayan agama lain,” katanya.

Katanya, beliau melihat kempen yang dilakukan oleh WARISAN dan sekutunya diwarnai dengan hasutan dan perkauman.

“Saya sangat kesal dengan kenyataan ini lebih-lebih lagi ia keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti dan Menteri Kabinet Sabah.

“Saya berharap pengundi akan menolak budaya politik yang seumpama ini,” katanya.

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button