Nabila Huda bengang India sokong Israel
PELAKON, Nabila Huda melahirkan rasa kekecewaannya terhadap negara India yang memberi sokongan penuh terhadap Israel.
Menurut pelakon itu, dia kecewa kerana sebelum ini dia cukup bersimpati dengan negara tersebut yang sedang menghadapi masalah Covid-19 yang cukup teruk.
“Kite punya la sedih and kesian dengan india yang tengah teruk skarang battle dengan covid, india stands for israel?? Hmm cancelled!.
“Negara kau memang tak pernah ada dalam list untuk aku travel pun sebab negara kau busuk dan kotor!” katanya di media sosial.
Nabila antara artis tempatan yang menggunakan media sosial untuk memberikan sokongan kepada isu kezaliman Israel terhadap Palestin.
Terdahulu, negara India sebelum ini dilaporkan memberi sokongan terhadap Israel.
Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang merakamkan ucapan terima kasih kepada negara yang memberi sokongan tidak menyebut nama India sama sekali. -SM