Rencah Hidup

Bakti ditabur, budi disemai – Hashim Ibrahim

Oleh Idris Musa

TEMPAT jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Sejauh mana kaki melangkah, akhirnya hati menunda untuk kembali berbakti di tempat kelahiran sendiri.

Itulah yang dirasai oleh Ketua Bahagian PUTRA Kuala Selangor, Datuk Hashim Ibrahim yang juga merupakan bekas pesara tentera.

Menurut Hashim, sejurus tamat zaman persekolahan, beliau memilih untuk menjadi anggota tentera dengan niat, mahu menabur bakti kepada bangsa dan tanah air.

Apabila tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) capai usia persaraan, Hashim berkata, beliau mahu pulang ke tempat kelahiran untuk menabur bakti di situ pula.

“Saya merasakan sudah tiba masanya untuk menabur bakti kepada masyarakat yang memerlukan selain daripada hasrat untuk membangunkan tempat kelahiran saya, Kuala Selangor,” katanya kepada wartawan SUARA MERDEKA, baru-baru ini.

Menurut beliau, masyarakat Jeram, Kuala Selangor sebenarnya terkenal dengan kejayaan akademik selain daripada menjadi usahawan yang berjaya.

Walaupun pekerjaan sebagai nelayan masih diteruskan sehingga ke hari ini, kata Hashim lagi, anak-anak muda setempat turut menjadikan sektor perkhidmatan sebagai salah satu punca mencari rezeki.

“Sudah lama mereka menjadi antara penyumbang kepada ekonomi negara tetapi ada di antara mereka yang masih  lagi hidup dalam keadaan susah dan perlu mendapat perhatian dan bantuan.

“Kerajaan membantu rakyat menerusi saluran yang  betul dan sekali gus boleh menyuburkan serta mengukuhkan lagi ekonomi dan federalisme di sini,” katanya usai Program Pengagihan Bubur Lambuk bagi Parlimen Kuala Selangor sewaktu Ramadan lalu. – SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button