NasionalNegeriPendidikan

MySaveFood selamatkan 84.803kg makanan, 90.456kg minuman daripada terbuang

PROGRAM MySaveFood telah berjaya menyelamatkan 84.803 kilogram makanan dan 90.456 kilogram minuman daripada terbuang. Lebihan makanan yang masih elok dan tidak terjual di Bazar Ramadan ini telah diagih-agihkan kepada pelajar UiTM Kampus Arau.

Ini adalah hasil usaha Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis yang telah menjalankan Program MySavefood dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia selama tujuh hari bermula 31 Mac hingga 10 April lalu di Bazar Ramadan Arau.

Fakrul Anwar meletakkan kad pada gerai penjaja di Bazar Ramadan Arau sempena Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran Sempena Bulan Ramadan Tahun 2023 sambil diperhati Shamsuharizal (kanan) dan Yang DiPertua MPK, Norazlan Yahaya (dua dari kiri). – Gambar Ihsan Sin Chew Daily

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata demikian pada sidang media selepas Program Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran Sempena Bulan Ramadan Tahun 2023 di Bazar Ramadan Arau.

Kempen anjuran SWCorp ini mendapat kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK), syarikat konsesi E- Idaman Sdn. Bhd., Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Perlis dan Pertubuhan Kebajikan Usahawan Mikro Malaysia.

Hadir sama Pengarah SWCorp Negeri Perlis, Shamsuharizal Basir.

Fakhrul Anwar berkata, berdasarkan kajian komposisi sisa di Perlis mendapati 40 peratus adalah janaan sisa makanan.

Fakhrul Anwar turut singgah di gerai “air akuarium” viral di Bazar Ramadan Arau.

“Walau bagaimanapun, janaan sisa meningkat sebanyak 5.76 tan merangkumi sisa isi rumah, komersial dan sisa kutipan di bazar Ramadan,” katanya.

Katanya lagi, sehingga kini, sebanyak 2.3 tan dan purata 0.384 tan sehari sisa makanan telah dibuang ke tapak pelupusan.

Tambahnya, jumlah ini dikatakan mampu untuk menampung hampir 1,280 orang jika mengambil purata hidangan makanan sekitar 300 gram setiap seorang. – SM

BACA Jumlah syarikat pengusaha makanan di Perlis mohon sijil halal naik mendadak

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button