Politik

Musuh BN Terdesak, Ketakutan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menyifatkan musuh Barisan Nasional (BN) sangat terdesak kerana takut pilihan raya diadakan tahun ini.

Mereka pula disokong 12 menteri yang takut kehilangan kuasa.

Berikut kenyataan Zahid:

1.Begitu bersungguh 12 Menteri PN yang dikatakan tidak berputus asa untuk mengekalkan jawatan mereka dalam kabinet

Betapa sayang mereka akan kedudukan dan jawatan yang ada sekarang hingga takut hilang kuasa mereka.


2. Sudah pasti sebahagian besarnya terdiri mereka bukanlah pemimpin yang berwibawa.

Tindak tanduk mereka sebelum ini mengecewakan pengundi mereka sendiri.

3. Ada yang kalah teruk pilihan raya, akan tetapi diangkat menjadi senator lalu dilantik sebagai menteri.

Bukan sebarang menteri akan tetapi menteri kanan.

Wakil rakyat lain puluhan tahun dipilih rakyat dan berkhidmat tidak pula dilantik menjadi menteri kanan.

Yang kalah pilihan raya ini pula diangkat menjadi menteri kanan.

Ada pula dilantik menjadi timbalan menteri.

4. Sudah pasti kalangan kabinet PN yang sangat risau pilihan raya ialah ahli kabinet yang melompat parti.

Mereka tahu mereka akan dihukum oleh pengundi mereka sendiri.

Pengundi marah ketika kempen PRU18 bercakap berdegar-degar dan janji pula melangit.

Kata demi pengundi, demi parti disayangi.

Akan tetapi apabila menang, melompat ke parti lain.

Mereka berkhianat demi mendapat laba politik, jawatan dan kedudukan.

Yang lompat parti dan menjadi menteri sekarang sedar bahawa peluang mereka untuk menang sangat tipis!

Mereka juga sangat takut berdepan dengan pengundi mereka dahulu. Di mata pengundi mereka melihat mereka hidup segan, bertanding semula tak mahu.

Justeru mereka cuba kekalkan kuasa, cuba tangguhkan pilihan raya kerana takut kalah.

Maka lebih baik kekal dengan jawatan dan kedudukan masa kini. Menikmati manfaat sebelum hilang kuasa.

5 Semua akar umbi, biro politik dan MKT UMNO berharap tidak ada wakil rakyat UMNO bersubahat dengan agenda musuh UMNO BN ini.

6. Jika mereka yang terlibat telah dikenal pasti, UMNO dan BN tidak teragak-agak untuk membuat tindakan dan masanya akan tiba nanti.

7. Disiplin parti UMNO dan BN perlulah dipatuhi. Dalam suasana menjelang pilihan raya ini jangan ada pula cuba berkhianat dan menikam UMNO dari belakang.

8. UMNO dan BN tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pengkhianat parti.

Biarlah katak politik parti lain, dan parti mereka sahaja masih hanyut dengan jawatan mereka sebelum mereka tewas pilihan raya kali ini.

9. Kita terus rapatkan barisan, bergerak ke depan, semarakkan obor perjuangan dan pastikan BN menang untuk kestabilan politik.

Sebelum musuh politik kita tekankan butang tarik diri sepertimana mereka ancam PM kita.

Maka kita pastikan tekan butang terlebih dahulu. UMNO dan BN tidak pernah gentar.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button