Rencah Hidup

Hantaran perkahwinan tak tinggi sebab bukan jual anak!

NAK kahwin perlukan duit. Untuk hantaran, mas kahwin, persiapan majlis resepsi, kenduri dan macam-macam hal lagi.

Ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak meletak hantaran yang tinggi ke atas anak perempuannya, asalkan yang afdal dibuat.

Seorang gadis Bernama Nadia berkongsi hari bahagianya dengan netizen dengan memaklumkan, majlis pernikahannya dibuat secara jimat, mudah dan yang penting, berjalan lancar.

Melalui perkongsian di media sosial Tiktok, Nadia yang merupakan seorang graduan berkata, dia menerima wang hantaran sebanyak RM7,000 manakala mas kawinnya, RM22.50 iaitu yang ditentukan mengikut negeri dia dinikahkan.

Nadia turut berkongsi majlis merisik, cincin yang disarungkan ke jari manisnya adalah milik ibu mertuanya.

Kata Nadia, dia dan pasangannya tidak membeli cincin seperti pasangan lain dan selepas majlis merisik, cincin itu dipulangkan semula kepada ibu tunangnya pada ketika itu.

Cerita Nadia, majlis pernikahan dibuat di pejabat agama.
“Majlis biar sederhana, tidak perlu besar-besaran. Yang penting ialah memulakan kehidupan selepas dinikahkan.

“Pesan saya kepada pasangan di luar sana, tiada gunanya hutang keliling pinggang, hutang beribu ringgit untuk satu majlis yang hanya dua ke tiga jam sahaja sehari,” katanya.

Itu perkongsian Nadia. Lain padang, lain belalang. Semuanya terpulang kepada individu kerana tepuk dada tanya selera dan ukur baju di badan sendiri! – SM

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button