Politik

Buka sekolah 2021 selepas Tahun Baharu Cina

CUTI persekolahan berbaki kurang dua minggu sahaja lagi namun kebimbangan terhadap wabak Koronavirus (Covid-19) masih belum reda.

Masakan tidak bimbang, ketika Menteri Pendidikan, Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin umum sesi persekolahan 2021 pada Ogos tahun lalu, kes ketika itu menurun dan hampir reda.

Namun kini, kes jangkitan baharu terus meningkat malah, semalam Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan angka kematian tertinggi dalam sehari iaitu 16 orang.

Maka, wajarlah Kementerian Pendidikan (KPM) menyemak semula permulaan sesi persekolahan yang sepatutnya pada 20 Januari ini dan menangguhkannya.

Selain wabak Covid-19, kawasan-kawasan seperti di Pahang, Johor, Perak, Terengganu dan Kelantan pula dilanda bencana banjir menyebabkan kebanyakan keluarga tidak bersedia untuk memulakan sesi persekolahan tahun ini.

“Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baharu Cina.

NAJIB RAZAK

“Memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi Covid-19 semakin teruk dan ada ura-ura hendak melaksanakan semula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketat di beberapa negeri zon merah.”

Demikian cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta dua perkara tersebut menjadi asas pertimbangan untuk melanjutkan lagi cuti sekolah.

Bagaimanapun, bagi memastikan guru dan pelajar mempunyai masa yang cukup untuk memastikan silibus pembelajaran tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Pekan itu mencadangkan juga beberapa cuti dibatalkan.

“Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (sembilan hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari),” katanya. – SM

(Visited 1,027 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button