Negeri

Restoran dikunjungi umat Islam guna ramuan tiada sijil halal – JHEAINS

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menasihatkan umat Islam untuk mengelakkan makan di sebuah premis kopitiam yang beralamat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

JHEAINS dalam kenyataan di Facebooknya berkata, restoran yang turut dikunjungi oleh umat Islam itu tidak menyediakan tukang masak beragama Islam.

Menurut pihak berkuasa agama Negeri Sembilan itu, restoran tersebut turut menggunakan bahan ramuan yang tidak mempunyai sijil halal.

JHEAINS telah melakukan siasatan terhadap premis berkenaan selepas mendapat aduan daripada orang ramai berikutan restoran tersebut sering dikunjungi umat Islam.

“JHEAINS telah membuat pemantauan ke sebuah premis kopitiam milik bukan Islam yang beralamat di Kuala Pilah.

“Pemantauan dijalankan atas aduan orang awam yang mendakwa premis tersebut sering dikunjungi oleh orang Islam.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut tiada tukang masak beragama Islam & bahan ramuan yang digunakan juga tiada sijil Halal. Orang Islam digesa mengelakkan dari mengunjungi premis makanan yang tiada sijil halal,” kata JHEAINS

Bagaimanapun JHEAINS tidak mendedahkan nama restoran tersebut. Sebuah portal melaporkan kopitiam tersebut telah dibuka sejak tahun 1940-an dan tidak menghidangkan daging babi dan menu hariannya termasuk roti bakar kaya, telur rebus, nasi lemak, mi goreng dan kuih tempatan.-SM

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button