Politik

Mudahkan rakyat pedalaman terima bantuan

KERAJAAN termasuk agensinya perlu memudahkan rakyat terutama yang tinggal dalam kawasan pedalaman untuk menerima sebarang bantuan.

Ini termasuklah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ataupun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) supaya penduduk di pedalaman tidak terpinggir.

Adalah tidak wajar membiarkan rakyat terpaksa menempuh perjalanan jauh semata-mata mengambil bantuan demi kelangsungan hidup.

Lebih-lebih lagi dekat kawasan pedalaman yang tiada kemudahan teknologi asas seperti mesin teller automatik (ATM), liputan internet serta pengangkutan awam.

“Apakah tidak ada kaedah yang memudahkan rakyat pedalaman macam Akau Rabi. Apakah PM (Perdana Menteri) atau Tengku Zafrul (Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri) tidak perihatin kepada mereka ini.


“Buatlah sesuatu. Permudahkan rakyat. Jangan banyak syarat macam I-Sinar KWSP dan Moratorium Bank.

“Itu belum lagi cerita internet yang ‘in-tenat’ di kawasan pedalaman untuk PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).”

Demikian gesaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, yang mengulas situasi dihadapi seorang penduduk Sebuyau, Sarawak, Akau Rabi.

Terdahulu, sebuah portal berita MalaysiaNow melaporkan seorang warga emas, Akau Rabi yang berusia 73 tahun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 90 kilometer untuk ke Pusat Bandar Kuching.

Beliau pergi ke sana semata-mata untuk ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengambil duit BPN 2.0 berjumlah RM350.

Menurut laporan itu, Akau Rabi terpaksa membayar tambang teksi sapu sebanyak RM40 bagi perjalanan sehala dan bermalam di kaki lima kedai untuk menunggu tarikh bayaran BPN yang dia sendiri tidak pasti.

“Apa tindakan kerajaan terhadap kesah Akau Rabi (biru) yang berusia 73 tahun ini. Dia naik bas dari kampungnya Sebuyau ke bandar Kuching dengan kos RM40. Jaraknya 90 KM.

Tujuannya ialah untuk ambil duit bantuan perihatin negara (BPN) 2.0 berjumlah RM350.

Kini sudah 5 malam dia tidur di kaki jalan untuk mendapatkan duit BPN yang dia sendiri tidak tahu tarikhnya. Dia cuma diberitahu akhir bulan.

“Di kampungnya tidak ada ATM. Dia kena ambil sendiri di Pejabat LHDN Kucing. Bayangkan dengan usia lanju dia tidur di tepi jalan.

“Makan minum tidak menentu kerana wang saku yang sedikit. Berbaloi ke dia datang ke Kucing?” soal Mohd. Puad. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button