Nasional

Muhyiddin disifatkan menderhakai Perlembagaan Persekutuan

EKORAN keengganan meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan menderhakai Perlembagaan Persekutuan.

Beliau disifatkan sedemikian apabila bertindak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk melaksanakan Proklamasi Darurat.

Ahli Parlimen Pagoh itu sepatutnya membuat seperti dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan pada Februari 2020 selepas yakin kehilangan sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Justeru, jika Muhyiddin berbuat demikian, mungkin beliau boleh disokong untuk terus mentadbir sehinggalah krisis kesihatan selesai.

“Secara ringkas, Perdana Menteri (Muhyiddin) memang tidak patuh kepada Perlembagaan.

“Kalau beliau tidak patuh kepada Perlembagaan bermakna beliau tidak mengharmonikannya dan beliau mengkhianati Perlembagaan (Persekutuan). I will go that far.

“Kalau sebenarnya seperti yang kita percayakan dan tahu tidak ada majoriti lebih-lebih lagi pada 12 Januari sudah jadi 109 (jumlah sokongan Ahli Parlimen), maka beliau menderhakai Perlembagaan.

“Muhyiddin kini sedang menderhakai Perlembagaan, sebagai Perdana Menteri tidak meletak jawatan sedangkan beliau tidak mempunyai hak.

“Kalau Muhyiddin letak jawatan, dan jika Agong meminta beliau meneruskan dahulu, itu cerita lain.

“Saya tidak akan menyoal perkara tersebut dan rakyat juga tidak berhak menyoal perkara tersebut dari sudut Perlembagaan.

HANIFF KHATRI

“Tetapi pokok yang pertama sekali, orang yang memegang kerusi itu patut wajib memaklumkan dan melaksanakan tanggungjawabnya. Selagi tidak, selagi itu perlembagaan kita diderhakai setiap saat, setiap minit.”

Kata peguam kanan, Haniff Khatri, dalam satu temubual yang disiarkan secara langsung dalam Facebook Jom Channel bersama moderator Zawazi Yusof, malam ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, pada 9 Januari mengisytiharkan secara terbuka tidak lagi menyokong Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, kata Haniff, pengisytiharan itu sepatutnya sudah menjadi isyarat kepada Muhyiddin bahawa beliau sudah kehilangan sokongan dalam Dewan Rakyat.

Malah katanya kali terakhir hansard Dewan Rakyat mencatatkan beliau mempunyai sokongan Dewan Rakyat sebanyak 111 adalah ketika mendapatkan kelulusan Belanjawan 2021.

Oleh demikian, sebelum beliau menghadap Agong pada 11 Januari, beliau sepatutnya tidak lagi boleh menjalankan tugas Perdana Menteri melainkan menasihatkan Agong bahawa sudah kehilangan sokongan.

“Kita berada dalam keadaan dimana, maaf saya hendak cakap tetapi secara jujur kalau saya tak cakap, saya menderhakai kebertanggungjawaban guaman saya.

“Perlembagaan kita dari sudut Perkara 43(4) dicabuli, diperkosai dan diliwat berulang kali sejak 9 Januari 2021,” tegasnya. – SM

(Visited 1,594 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button