NasionalNegeri

MPK pertama kali beri Anugerah Khas kepada 44 rakan strategik

MAJLIS Perbandaran Kangar (MPK) buat julung kali menganjurkan Anugerah Khas Rakan Strategik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Anugerah Khas sebagai menghargai jasa rakan strategik itu disampaikan oleh Yang DiPertua MPK, Norazlan Yahaya.

Portal berita Suara Merdeka antara penerima Anugerah Khas Rakan Strategik MPK.

Sebanyak 44 rakan strategik yang terdiri jabatan kerajaan, agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga media telah menerima Sijil Anugerah Khas dan juga cederamata.

Portal Suara Merdeka juga diberikan Anugerah Khas ini oleh MPK.

Dalam ucapan perasmian, Norazlan berkata, pihaknya bercadang untuk meneruskan lagi penganugerahan ini pada masa depan.

Beliau berkata, ini memandangkan MPK sangat menghargai kerjasama baik dengan rakan strategik selama ini.

“Kami sebenarnya tidak mampu menjalankan tugas ini secara bersendirian jika tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan strategik,” katanya.

Norazlan berkata, dengan menjalin hubungan baik dengan dengan pihak yang berkepentingan ini sekaligus ia dapat membantu MPK dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

“Kolaborasi dengan bantuan rakan strategik juga membolehkan MPK berkongsi pengalaman dan idea bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, penglibatan rakan strategik juga dapat membantu mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MPK supaya maklumat inj sampai kepada setiap masyarakat di negeri ini. – SM

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button