Nasional

Mohamad Sabu ulang cakap bekalan beras putih tempatan pulih dalam tempoh sebulan

DUA minggu lepas, Datuk Seri Menteri Mohamad Sabu cakap, bekalan beras putih tempatan (BPT) pulih dalam tempoh sebulan!

Hari ini, ulang lagi cakap, dalam tempoh sebulan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan beras putih tempatan di pasaran akan kembali stabil susulan pelbagai langkah intervensi dan pemantauan berterusan dilakukan kerajaan.

KENA tunggu sebulan, baru dua minggu berlalu isu bekalan beras putih tempatan akan stabil, kata Menteri Mohamad Sabu. – GAMBAR SUARA MERDEKA

Macam tak ada modal lain nak cakap pasal isu beras selagi tak cukup haul sebulan. Dan harga sekampit beras tidak pula diulas nak diturunkan kerana membebankan rakyat marhaen!

Petik sahaja kata-kata Menteri Mohamad Sabu, hasil libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara yang melibatkan pengilang, pemborong dan peruncit bersetuju memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara.

Melalui PKBPT, kata Mohamad Sabu, pengilang akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan beras putih tempatan untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.

“Kita juga akan membuat intervensi di mana terdapat kekurangan, kemudian kita akan tampung melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena iaitu inisiatif di bawah seliaan LPP dalam PKBPT bagi tujuan pengedaran beras putih tempatan kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya.

Mohamad Sabu berkata, kaedah intervensi itu dilakukan ketika kekurangan bekalan ayam dan telur sebelum ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Peladang Outlet hari ini akan menjual 2,000 kampit beras pada harga RM26 untuk 10 kilogram.

Akhirnya terselit juga harga sekampit beras tetapi tidak dinyatakan, beras gred apakah yang akan dijual pada harga tersebut untuk 10 kilo. – SM

BACA Bekalan beras putih tempatan pulih dalam tempoh sebulan-Mohamad Sabu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button