Nasional

MKN, KKM sedang kaji lanjutan operasi kedai makan

BERHARAP ada berita baik, itulah yang dinanti-nanti orang ramai khususnya pekerja yang pulang daripada bekerja lewat untuk membeli makanan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilapor sedang meneliti permintaan melanjutkan operasi gerai makanan atau restoran sehingga pukul 10 malam.

Cadangan tersebut diminta berikutan rakyat Malaysia yang pulang bekerja lewat mengeluh tidak sempat membeli makanan kerana restoran tutup pada pukul 8 malam.

Malah, perkhidmatan penghantaran makanan (food e-hailing) juga menutup tempoh pesanan lebih awal bagi mengelakkan pesanan saat akhir.

“MKN dan KKM sedang mengkaji baik buruk kedai makan dibuka sehingga pukul 10 malam.

“Apa-apa perkembangan pasti akan dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yakob. Covid-19 (Koronavirus) semakin menular.

“Kurangkan pergerakan, patuhi dan perketatkan SOP (prosedur operasi standard).”

Demikian ciapan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya hari ini.

Sebelum ini kerajaan menetapkan SOP bagi oeprasi gerai makanan dan restoran serta pelbagai kedai lain ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, sehingga pukul 8 malam.

Namun, beberapa pihak termasuk kepimpinan UMNO dan Ahli Parlimen Pembangkang menggesa kerajaan melanjutkan oeprasi gerai makanan dan restoran sehingga pukul 10 malam.

Lanjutan itu bakal membenarkan pekerja yang pulang bekerja lewat membeli makan apabila tiba di rumah.

Dalam pada itu, Suara Merdeka sebelum ini melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan Ismail Sabri memberitahu hal itu dibawa ke dalam Mesyuarat (MKN).

Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menyarankan supaya kerajaan melanjutkan operasi gerai makanan dan restoran bagi kemudahan pekerja yang pulang lewat.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menguatkuasakan tempoh waktu bekerja dengan menamatkan waktu kerja lebih awal supaya pekerja berkesempatan membeli makanan ketika pulang ke rumah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button